Tudung kanak-kanak

Rania buat perangai, suka merajuk..

Semalam selepas pergi pos barang, tak pergi ke playground macam biasa. Cuma bawa Rania jenjalan ke kedai Hari-Hari. Sudah 10 bulan di sini, belum pernah lagi jejak kaki ke situ. So, semalam sajalah nak singgah. Masuk tengok apa yang ada. Kendian keluar. Tak ada apa yang berkenan di hati. Terus balik. 

Dah nak sampai simpang kedai goreng pisang barulah Rania kabor kata nak pisang. Alahai, anak oo anak. Udah le kedai goreng pisang tu betoi-betoi kona. Kebetulan masa tu pulak ada lori nak keluar dari simpang, kereta di belakang pon dekat. So, memang tak sempatlah nak bagi signal ke kiri. Maka ummi pon tekan je minyak. Sesambil pujuk nanti ummi call ayah, suruh ayah belikan. Ok.. 

Balik rumah, elok je main. Sampailah Rania minta nak makan koteow. Ummi pon siapkan barang. Sesambil bajet ngam-ngam ayah sampai boleh terus makan malam. 

Elok aje ayah dia sampai, diambillah goreng pisang tu. Kemain haa dok makan. Sebelum tu dah makan koteow. Tak sabar dah haaa tunggu ayah. Lapar katanya. Apa-apalah anak. 😂😂 sepuluh kali makan pon comfirm dia kata lapar. Paling win kalau dia call tok ngadu kata ummi tak masak. Amboi.. Amboiii.. Kemain dia. Kannn!! Ngadu ke tok tak pandang kiri kanan dah haaaa... Suka hati dia je.. 😆😆

Gini haaa ayat Rania
"tok, sian Rania.. Ummi tak masak pon... Rania lapar.. " kang bersoal jawablah dengan tok dia. Ekekekeke. 
Rania akan jawab gitu kalau mood dia tak ok. Maksudnya kalau ummi marah ke, bising-bising ke mulalah nak sentap.. 😍😍 tapi kalau mood ok, haaaa tunggulah.. Kemain dia puji ummi. Kannn!!! Ummi pon ditukar panggil mamalah, ibulah.. Mummylah.. 

Nak dijadikan cerita, lepas makan koteow, dia pergi ngikut ayah dia masuk bilik. Entah macam mana dia bawa masuk sekali cili kicap yang dapat masa beli goreng pisang tu.. Ayah suruh hantar ke dapur. Entah macam mana, sama ada dia sengaja atau tak sengaja cili tu terjatuh. Pecah. Kenalah tilam habis basah. Ayah dia buat apa tak tahulah, duduk berdua dua beranak tu sebab ummi di dapur. 

Sekali datang ngadu ke ummi sambil nangis-nangis. Ummi ayah marah adik..
Bila tanya siapa salah.. "Ranialah" 
Rania buat apa ayah marah.. "Rania bagi jatuh sos"
Ok Rania salah kann... "ya"
Pergi masuk bilik air, cuci muka, cuci tangan, kencing sesiap pergi tidur.. "ok"

Ummi tak tengok pon. Memang biar dia buat sendiri. Sebab ummi di dapur tengah kemas. Dah pukul lapan lebih dah masa ni.. 

Selesai pe semua, tengok-tengok Rania dah ambil bantal baby dia, sekali selimut.. Dia punya selimut sampai ke dagu. Tidur lenalah. Pastu ummi tariklah selimut, bagi terbuka sikit.. Sekali ummi tengok, Rania  pakai baju tidur ummilah.. Adudududu.. Suka nau dia dengan baju tidur ummi yang satu tu.. 

Pukul 9 lebih terjaga.. Tetiba nak makan nasi plakkk haaa.. Ok lah. Yang jadi masalah, dia tak nak ayah yang ambikkan. Alasannya adik takut ayah. Ayah ada misai.. Padahal ayah dia mana ada misai  😄😄
Alahai saja, kannnn... Nak berkepit dengan ummi sokmo. Sudah makan nasi, mulalah sesi beramah mesra sebelum tidur. Itu ini sampailah tertidur semula..

Ummi ayah marah-marah bukan tak sayang kakak tapi kakak tu macam-macam sangat haaaa.. So, kalau itu salah kakak, memang ummi ayah marah tau. Tapi ummi ayah marah-marah sayang je.. Geram-geram tapi dalam masa yang sama kesian.. Nak-nak bila time Rania tidur, pandang muka dia Allah sedihnya haaaa hati ni... Maafkan ummi ayah ye. 

Sekarang ni peel Rania kalau apa sikit, mulalah merajuk. Pergi duduk jejauh. Bila ummi pujuk, mulalah "tadi gaduh, ni nak kawan ke.. " hahahahhaa 😂😂 ye lah, ummi suka kawan dengan kakak. Kakak baik, comey, suka cakap, suka makan.. Nanti ummi nak kawan dengan siapa.. "
Pastu siap warning ummi lagi haaa.. "jangan marah-marah Rania tau.."

Kadang tu siap cakap dengan ummi nak balik duduk dengan tok..
Katanya..
"ummi ayah marah Rania. Ummi dengan ayah tak sayang Rania. Tok sayang Rania.."

Ummi ayah sayang Ranialah.. 😘😘😘😘😘

Sotong goreng tepung untuk Rania lagi. Apa yang Rania nak, just bagitau semuanya ayah tunaikan. Ummi laksanakan.. Ummi ayah sayang kakak dunia akhirat tau.. 

Rania selalu cakap, kalau ummi sakit, nanti Rania beli ubat untuk ummi k. Nanti ummi makan ubat, ummi kuat, ummi sihat, ummi nak masak nasi, nak masak sotong, nak masak kek untuk Rania, kannnn!!! 

Rania anak yang bijak.. Doa ummi ayah semoga Rania sentiasa sihat, cerdik, cergas dan di bawah lindungan serta rahmat Allah swt. Semoga Rania dengar cakap ummi ayah, taat perintah Allah, rajin solat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta di akhirat. Aamiin 



Buat penguna LEPTOS DAN QUFAST
Jangan risau jangan ragu.. Tak ada effect pada BUAH PINGGANG korang. TIADA KESAN SAMPINGAN

Leptos adalah supplement larut air yang akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT  dan akan dilepaskan melalui urine dalam masa 2 hingga 3 jam sahaja. 

Walaupun leptos dalam bentuk dos yang pekat, tetapi mudah larut air. Oleh itu, minum air secukupnya (ikut keperluan badan) lalu badan mencairkan leptos ini. 

Apabila dah dicairkan proses  pengangkutan dan penyerapan berlaku dengan mudah melalui saluran darah.

Jadi jangan risau sisa-sisa leptos tak akan tersimpan atau bertapa dalam badan dalam jangkamasa panjang dan mengganggu organ dalaman. In shaa Allah, semuanya dengan izin Allah.. 

Cara minum air putih secukupnya mengikut keperluan tubuh badan.. 


Berminat nak rasa masam-masam #leptos, mai contact ciksu di wasap atau facebook 😉




0 Comments