Tudung kanak-kanak

Testimoni Seqybeauty yang cekal dan setia.. Alhamdulillah.. Terima kasih

Morning.. Assalamualaikum korang.. 

Minum pagi makan putu, Tengah buat apa tu?  

Silalah jawab pantun Ciksu ye 😉 

Actually, pepagi ni sajalah nak share something dengan korang. Kelmarin Ciksu ada cash on delivery (COD) produk seqybeauty. Ok, malam sebelum jumpa tu kami deal macam biasa. Ini customer baru Ciksu. So, biasa-biasalah sembangnya masa deal. Tak banyak sembang pon. Memang straight to the point malam tu masa berborak. Kebetulan dah lewat Ciksu reply whatsapp. Tapi dalam hati masa tu, dah agak mesti customer ni dah pernah guna produk seqybeauty sebab customer order loose item. 

Jadinya, kami jumpa seperti yang dijanjikan. Kak Siti just top up Cleanser dan Toner Seqybeauty 😄


Allah Hu Akhbar, rupanya kakak ni memang dah lama bersama Seqybeauty. Sejak tahun 2015. Menurut cerita Kak Siti, dia dah lama kenal produk seqybeauty. Sebelum ni beli online. Kebetulan ternaik di wall fbnya nama Ciksu. Itu yang kelmarin, Kak Siti beli dengan Ciksu. Katanya tak tahu ada ejen seqybeauty di Besut. Iye lah, Ciksu kan masih baru di Jerteh/ Besut, Terengganu. Baru 9 bulan kot di sini. Memang ambil masa nak kenalkan diri dengan orang-orang Besut 😀 tak pa pelan-pelan atur langkah di tempat baru. Doa Ciksu semoga sebelum Ciksu posting keluar dari Jerteh, Ciksu akan pahatkan nama Seqybeauty di sini dan tinggalkan ejen2 di bawah Ciksu aamiin. Next Ciksu kongsikan lagi kisah yang ada.. 

Okay, berbalik pada kisah di atas..

Dapatlah kami berborak panjang walaupon hanya sekejap. Yang benornya Ciksu teruja tau.. Sungguh tak sangka dapat bertemu dan bersembang dengan Kak Siti. Secara tak langsung dapat dengar luahan isi hati Kak Siti mengenai feedback beliau mengenai produk seqybeauty. Seolah-olah seorang wartawan mendengar pengakuan sebenar daripada pengguna. Haaa, gituu. Teruja sangat2 tau dengar perkongsian daripada Kak Siti kelmarin. Selalunya dengar feedback customer melalui balasan di whatsapp. Lain perasaan tu. Ini dapat dengar daripada mulut pengguna sendiri. So, dia punya eksaited tu tak tau macam mana nak gambarkan. Seronok dan syukur apabila produk yang kita jual tu dapat membantu mengembalikan kembali keyakinan mereka. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah 😄

Menurut apa yang diceritakan oleh Kak Siti, memula dulu dia cuma beli cleanser dan bb cream. Kak Siti ada masalah jerawat. Masalah jerawat Kak Siti ni sampai kena tegur dek bos di pejabat. Mau tak segan. Kannn. Tetiba orang lain tegur. Sah-sah boleh jadi stress. Ye dok. Ok, Kak Siti pakai dua benda tu. Alhamdulillah. Ok. 

Selepas pakai, ada keinginan dalam hati nak cuba produk baru masa tu. Ciksu tahu dan kenal produk itu. Kenal juga founder produk itu. So, produk apa, hanya kami yang tahu okay ✌maka terbelilah produk itu. Kendian try pakai. Rupanya ada satu item dalam produk ni tak sesuai dengan Kak Siti. Muka jadi berminyak dan makin galaklah jerawat tu menonjolkan diri. Lama juga pakai. Penyudahnya terpaksa stop. Sebab dah boleh agak daripada mana puncanya.

Tak lama lepas tu, Kak Siti sambung pakai produk seqybeauty semula. Kebetulan masa tu dah ada produk skincare set trial. RM130. So, Kak Siti beranikan diri untuk guna lagi sekali. Alhamdulillah makin hari makin nampak kesannya. Sampailah ke hari ini Kak Siti masih menggunakan produk seqybeauty. 

Apa yang Ciksu kagum dengan Kak Siti ialah kecekalan dan keyakinan dirinya. Walaupon dah guna produk seqybeauty, kendian stop guna produk lain. Pastu akhirnya berbalik kepada produk asal. 

Apabila kita mula yakin dengan sesuatu produk tu, in shaa Allah dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah Kak Siti buat pilihan yang tepat. Persamaan kami sama, pilih dan kenali founder produk yang ingin digunakan. Ini penting dan perlu diselidiki sebelum korang mula membeli. Wajib 😊

Terus terang Ciksu cakap, Ciksu memang tak pernah guna produk skincare satu set lengkap macam sekarang. Umur 30-an baru mula pakai set skincare lengkap.. Sebelum -sebelum ni just guna pencuci dan pelembap je. Itupon beli yang berada di farmasi. Produk tempatan memang sesekali tak berani nak belek ok. 

Tapi tak semua customer secekal Kak Siti. Dalam set skincare ada 4 item. Kak Siti cuba eksperimen dengan kesemua item. Maksudnya waktu mana perlu pakai dan waktu mana tidak perlu pakai. Contohnya day and night cream, Kak Siti tak boleh pakai waktu malam, so, dia ubah cara pakai. Waktu malam Kak Siti hanya pakai Sakura Mask. Haa, gituu. Macam Ciksu day and night cream Ciksu just pakai time perlu. Maksudnya, time nak mai bulan adakalanya ada juga sebiji dua biji jerawat sesat munculkan diri. Nak nak dekat hidung tu. Jadi biji-biji je. Cara pakai pon nipis je. Tak perlu picit bebanyak.. Pendek kata pepandailah bajet untuk apply dimuka sendiri. Kannn 😍

Ada juga customer Ciksu yang cepat giveup. Baru guna produk Seqybeauty, sebulan dua dah bagi feedback negatif. So, Ciksu memang kecewa sebab tak dapat nak tolong dorang. Benda ni atas diri sendiri. Guna produk apa pon memang kena bagi masa. Lagipon produk seqybeauty memang tiada merkuri dan hidroquinone, so, memang ambil masa untuk pulihkan kulit muka yang ada masalah selepas guna produk lain. Nak-nak kalau produk sebelum yang digunakan tu, banyak penggunaan merkurinya. 

Apa pon Ciksu doakan semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya. Semoga setiap apa yang kita pilih dan pakai memberi manfaatnya. Bukan untuk jangka masa pendek tapi untuk jangka masa panjang. In shaa Allah.. 

Apa pon nice to meet you Kak Siti 😘😘😘 tahniah pada diri Kak Siti kerana setia bersama seqybeauty hingga sekarang 👏👏👏👏 Gambar kami tiada ye. Saya hormati permintaan Kak Siti. Terima kasih ye Kak sudi berkongsi kisah benar dengan saya. 

Tapi jangan risau, Ciksu tinggalkan korang dengan gambar tuan tanah dan anaknya. Rindu we all tak herherher.. Rania pon dah 3 tahun 1 bulan 10 hari..  Peneman setia ummi time cod dan postage barang2.. Terima kasih Allah.. Terima kasih sayang.. I love you baby 😘😘😘


Nak cuba produk seqybeauty, boleh whatsapp Ciksu deh. Kesemua produk seqybeauty ready stok 🙋


2 Comments

  1. Kita pon tengah usha produk ni...banyak sgt produk sampai confuse...haha

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)