Tudung kanak-kanak

Resepi: Sotong Celup Tepung Ranggup dan Sedap dimakan

Menu peberet Raniaku sayang. Sotong Celup Tepung. Ingat lagi dedulu masa memula intro sotong, Rania tak berapa suka sangat makan sotong.

Masa tu, kemain haaa.. Ummi, hiris halus-halus nak bagi mudah Rania makan. Kadang campur dalam nasi goreng, kadang buat sup sayur. Sotong kan jenis lambat hadam. Risau nak intro ke anak. Jenis makan telan-telan ni haaa.. 

Sejak-sejak ummi buat menu sotong celup tepung ni, kemain haaa Rania suka makan. Ummi tengah menggoreng, dan-dan je mai dok buat baik.. 
Acah-acah tanya.. "ummi masak apa tu..?"
"pandainya ummi buat. Terima kasih ummi, buat sotong untuk Rania.. "

Sambil tangan dok ambik pinggan, sambil dok kaut mana yang dah siap digoreng. Laju je dia meratah Sotong Celup Tepung tu. Krup krap krup krap.. Suka ye.. 😘

Senang hati ummi, buat makan Rania suka makan. Alhamdulillah. Rania suka nau makan janggut sotong tu. Tapi Rania panggil misai sotong. Herherher. 

Ranggup. Memang sedap di makan. Tak sedar tup tup dah habis sepinggan. Ini resepi paling simple dan mudah. 

Resepi Sotong Celup Tepung Ranggup
🍒siang sotong macam biasalah. Buang mana yang tak perlu. Ciksu memang akan buang tulang sotong tu, biji atas kepala sotong tu, kulit dan dakwat. Cuci bersih. Potong bulat-bulat. Nipis atau tebal ikut selera memasing. 

🍒Sotong gaul sebati dengan serbuk cili + garam. Ketepikan. Lama juga saya biarkan deme sebatikan diri. Lama tak lama lah, perap sementara nak pergi mandi. Sudah mandi pakai losyen kurus sejuk lah, pakai serum lah, cara ke rania lah.. 😂😂

🍒Golek dalam tepung gandum. Pastikan semuanya bersalut tepung. Nak mudah selepas basuh bersih tu, lap dengan kain/ tisu dapur untuk keringkan airnya. 

🍒Celup dalam telur bagi kena semuanya. 

🍒Golek dalam tepung gandum semula. Pastikan semuanya bersalut tepung. 

🍒Goreng dalam minyak yang panas.

Tips: In shaa Allah bila korang salut sotong dengan tepung, bagi semua kena tepung, sotong ni tak akan meletup dalam kuali semasa menggoreng. Ini saya baca tips dari blog kak Zalin Zalina dedulu. 

Sotong ni plain je rasanya. Sebab ciksu memang buat khas untuk Rania. If korang nak lagi sedap rasanya, bolehlah gaul dengan serbuk perasa pilihan korang k. 

~done~

Menu tengah hari tadi sotong celup tepung + ikan celup tepung dan sup sayur. Sotong celup tepung dicicah dengan sos kepok lekor yang kami beli di kedai kepok area Tok Bali sana. Sedap sos tu. Tak manis. Next entry ciksu kongsikan sos tu serta kedai-kedai kepok area Tok Bali, Kelantan. Stay tuned 😄😄

Actually, Ciksu tak berapa suka nak cicah dengan sos yang manis. Nanti akan jadi muak. Potong stim nak makan Sotong Celup Tepung. Sos ni bagi Ciksu memang secukup rasa. Cuma Ciksu kena juga gigit cili padi hijau yang di letak sekali dalam sup sayur tu. Perghhhh!!! Memang sedap. Terasa-rasa lagi haaa keranggupan sotong celup tepung tu. Sampaikan petang Rania dok minta lagi haaa. Tapi apakan daya stok sotong dah habis daaa.. 

Next week ayah belikan lagi k ✌sotong ni pon ayah Rania beli di Kompleks Perikanan Kuala Besut. So, memang segar. Isinya memang manis-manis lagi. Itu yang sedap benornya. 

Menu celup tepung di Pantai Timur

Menu ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepong memang makanan untuk menu petang di Pantai Timur. Nak-nak disepanjang laluan pantai nak ke Kuala Terengganu. Sambil makan hidupan celup tepung tu sesambil hirup air kelapa. Kena pulak angin pantai.. Memang layanlah makan. Kannnn!! 

Kalau korang ke mari bolehlah pergi ke PENARIK, KUALA TERENGGANU WARUNG POK NONG, dan MARANG. Tapi Ciksu tak berapa suka makan celup tepung area penarik sebab ada setengah kedai deme siap goreng. Pastu letak dalam tudung saji. Bila kita as customer nak makan just pilih yang mana. So, tak berapa nak fresh sangatlah.. Tapi ada je orang lain suka begitu. Faktor masa, tak nak tunggu-tunggu. 

Ciksu paling suka makan menu celup tepung setakat ni di Warung Pok Nong lah. Hidupan laut dia memang win. Sotong kemain besar haaaa. Puas makan. Paling penting hidupan lautnya semua segar-segar belaka. Manis. Goreng la la tu. Siap goreng, angkat letak dalam talam. Pakat berebutlah haaaa. Kalau ke sini, kena awal sebelum kedai buka. Nanti nombor sepuluh terawal akan dapat nombor. Yang ni tak payah beratur. Yang mai selepas-selepas tu, silalah beratur😂😂😂😂😂

Sila cuba resepi di atas k. Lepas ni lepak makan menu celup tepung di rumah je lah ye 😉😉


Dengan seqybeauty semudah ABC..
Bagitahu je apa masalah korang, skincare seqybeauty ada penyelesaiannya..

🌼SET KULIT KERING RM210
🌼SET JERAGAT RM185
🌼SET JERAWAT RM265
🌼SET SUNBURN RM135





Whatsapp:


2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)