Tudung kanak-kanak

JJCM: Pantai Merdeka, Kedah

kelmarin selepas settle bayar bil2 berkaitan rumah arwah adik, singgah rehat sekejap di rumah tu, lebih kurang pukul 3 lebih, baru bertolak ke Pantai Merdeka ^_^ dah lama tak pergi Pantai Merdeka, punya lah berjanggut nak sampai ke destinasinya.. leh tahan jauhnya.. kuikuikui.. kebetulan pergi hari ahad, memang banyak kereta

akhirnya, setelah sekian lama tak jejak Pantai Merdeka, tahun 2016 baru sempat singgah ke sini lagi.. banyaknya perubahan.. (",) dah banyak gerai makanan & minuman.. ade juga yang jual baju bajan.. macam ekspo pon iye jugak.. 

food court, rasanya baru je ada.. tahun bila adenya, tak pasti la pulak..last ke sini pon tahun  2007 dulu.. haaaa, lama sangattttt tak datangnya, kan !! 

alang2 perut berkeroncong, marilah kita menjamu selera dulu, dah kenyang baru kita jenjalan lawat kawasan. memandangkan banyak kedai yang ada, tak tahu mana yang terbaik, maka kita pilih ikut kata hati. pilih kedai yang memula sekali. tarik kerusi terus duduk, tak kuasa nak survey2 bagai. 

sebelum makanan sampai, lapik perut dengan kepok lekor dulu..
order LAICIKANG, ABC, MEE UDANG, MEE BANDUNG, NASI AYAM & AIR SUAM. total semua sekali RM35

Rania makan bekal yang umi bawa.. tapi nak juga ngendeng makanan orang tua. basuh la sikit mee kuning, makan dengan telur dadar & udang bercheese yang umi bawa

Nin diaaaaa ABC setinggi gunung jerai.. rasanya biasa2 saje.. kureng manis, ais kasar, bahan boleh la..

mee udang 3 ekor udang, segar, sedap 

mee bandung telur goyang. pun sedapp tapi aii tak suka telur style gini.. tak leh nak lalu kat anak tekak ni haaa..

perut kenyang, meh nengok apa yang ada.. hujung nun letaknya Tanjung Dawai, kalau dari sana boleh naik bot ke mari 

jalan2 nampak ada orang jual ni haa..katanya biji nangka.. sekali pandang macam kupang pin ada cuma cenkerangnya warna hitam. isinya halus je tak macam kupang besau2.. satu plastik tu 10 hengget.

tak nak makan kat food court, boleh pilih makan di sini. ada laksa, rojak, ABC

aktiviti yang ada

Pantai Merdeka.. bestnya angin sepoi sepoi bertiup 


ini habuan untuk Rania kemain suka dapat beraksi

pusing pi pusng mai sambaq la t-shirt dua lai untuk Rania. entah bila nak mai lagi pon tak tau la. ambil la sesiap. kenangan katanya. hiks

makan sudah, jalan jalan sudah, beli baju sudah. jom lah kita balik ke sarang. umi & Rania yang happy... dapat jenjalan.. 

1 Comments

  1. ABC setinggi gunung jerai, rindu pulak pergi tahun lepas untuk program final year

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)