Tudung kanak-kanak

Solid Food: 9 bulan Produk Tenusu

kalau diikutkan, umur 8m dah boleh mula tumis2 bubur baby guna pure olive oil. tapi umi start menumis masa rania umur 9m+. sokmo, lambatkan. hikhiks.

minyak zaitun pon ada macam2 jenis ! pure olive oil (poo) - boleh diguna untuk tumis,
extra virgin olive oil - (evoo) untuk dressing.

umi mula kenalkan produk tenusu untuk Rania masa umur 9 bulan..

keju, yogurt & susu termasuk dalam kategori produk tenusu.. produk tenusu ni kaya dengan VITAMIN D.. VITAMIN D ni penting untuk kesihatan tulang.. ia berfungsi untuk menyerap kalsium dalam tubuh badan. so, umi harap Rania akan suka dengan produk tenusu nanti. susu, buat masa sekarang Rania, still dengan susu ibu. bila dah menjangkau usia setahun ke atas, in shaa Allah umi kenalkan susu segar pulak.. 


memula umi kenalkan tofu lembut. kendian yogurt, diikuti dengan unsalted butter. cheese block, belum intro lagi masa 9m+ tu. beli je dulu. hikhiks. unsalted butter umi guna bila nak bakar ayam atau ikan salmon. sedap baunya.

Tofu lembut + puri mangga. 





sedap. bila bagi rania makan, dia pon suka. mula2 je, lepas tu mula la buat macam macam memek muka. tapi tofu lembut ni memang membantu rania cepat lawas.


tofu lembut + bubur nasi.


yogurt + puri buah + cous cous
pon rania makan. yogurt pon bagus untuk pelawasan rania. bila hari pertama bagi try, dia suka walaupon pejam2 mata gak la bila rasa yogurt tu. hikhiks. tapi poo poo memang ok.

nanti umi kongsikan, resepi cous-cous + yogurt. sedap sebab umi campur dengan buah-buahan. rasa masam2 manis. gituu. makan sambil kongsi dengan umi. barulah serasi bersama, kan !


1 Comments

  1. untung rania umi pandai olah makan bayi untuk rania , best best , jadi anak yang sihat membesar :)

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin