Tudung kanak-kanak

rendang udang galah


Entah bila punya menu rendang udang galah ni pon tak tau lah. apa yang pasti this year punya menulah. hahahaha. kemain dok tepek elok aje di draft. marilah buat entry asal boleh ;)))

rendang udang galah. saya buat versi berkuah sebab saya nak gaul dengan nasi masa makan. rendang kadang2 saya suka buat versi tumis dan tak tumis. untuk rendang udang galah ni, saya buat versi tumis. 

Marilah memasak rendang udang galah :)))

Memula tumis bahan kisar (bawang besar + halia + serai + lengkuas + cili hijau + kunyit hidup) dalam kuali. agak dah pecah minyak masukkan santan + gula + kerisik + garam + gula. renehkan sekali dengan kentang yang siap di rebus. kendian baru masukkan udang galah. 

buat rendang kena letak daun kunyit baru sedap. baunya nanti membangkitkan selera :) hari tu buat tak ada daun kunyit, layan jugak. tak kuasa eh, nak keluar semata mata nak beli daun kunyit. dok kampung kan best, keluar petik belakang rumah je, kan ! mudah sangat. 

Lagi satu, kan.. kalau udang galah, saya suka masak tempoyak. dia punya kemanisan tu lain maciam. sedap sampai boleh hirup kuah tu. manis udang dan tempoyak bergabung menjadi satu. itu yang terlebih sedap. dulu masa duduk di JB, ayah rania suka mancing je di sungai area kota tinggi. balik kl kena pergi mancing di pasar lah jawabnya (",)

14 Comments

  1. assalamualaikum cik su!
    nampak sedap..terliur pulak saya ptg2 ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. biasa dok nampak orang negori yang masak rendang udang ni, ooo..buh cili hijau jadi hijau camtu kuahnya, menarik gak tu :)

    ReplyDelete
  3. Ciksue sy jarang masak rendang..dua tiga kali kot buat tu pun tak boh daun kunyit.haha

    Ciksue hebatlah udang pun jadi rendang

    ReplyDelete
  4. baru tau ada rendang udang galah ^_^

    ReplyDelete
  5. baru tau boleh buat rendang...hehe
    nampak sedap. lama dah tak makan sejak GST...hehe

    ReplyDelete
  6. rendang udah galah kering pebret papa kira. dan jadilah jugak pebret kami seisi keluarga hihihi

    ReplyDelete
  7. kita serupa la.
    rendang nak yg berkuah :)
    baru best gaul dgn nasi, kan?

    ReplyDelete
  8. sambal udang pon da sedap nikan rendang udang galah.. lg power ni

    ReplyDelete
  9. sedapnyeeee..sy xpenah mkn udang rendang..slalu klu udang galah buat kari je..

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin