13 bulan
selera makan makin baik
umi kenalkan Rania dengan beras perang & makaroni.. memandangkan ayah nak diet.
jadi.. umi suruh ayah belikan beras perang.. senang anak beranak leh makan sesama.. senang juga untuk umi siapkan makanan.. sekaligus je masak.. umiayah pon makan tanpa garam dan gula.. bergantung pada menu.. agak terlebih rajin curah je kicap.. sudahh..
suka dengan pen
bila nampak umiayah guna, mula la nak juga, pastu conteng tapak tangan. pegang pen tangan kiri pulak tu.. ikut tokwan dengan paksu ke dik ^_^
ada aje yang nak ditegur.. nak diajak sembang.. umi suke222
mudah mengikut
mulai sekarang memang kena jaga segala tindak tanduk. rania dah pandai mengikut.
suka sangat kalau dengar iklan lagu NV.. dengar lagu tu laju2 je goyang badan sambil angkat jari buat gaya macam dalam tv.. sambil gelak suka.. amboii sangat, kan !
bila dengar bacaan ayat Al-Quran pulak sebab umi suka buka Astro Oasis, TV Al-Hijrah Rania akan angkat tangan.. tadah macam orang berdoa.. kalau dengar azan, otomatik rania akan sujud. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
dah pandai salam & cium tangan
bila umiayah sebut je.. dah boleh buat.. sama juga kalau suruh kiss.. malu2 je nak kiss umiayah.. sweet sangat tau :)
cumanya bab salam tu, kena dukung Rania lah sebab kalau disuruh sesaja salam memang tak bergerak lah, kononnya kalau umiayah dukung, suruh salam, Rania akan salam siap cium tangan, ibarat macam Rania nak balik lah..
pandai minta dah
contohnya Rania nampak jam atau apa sahaja yang dia nak.. termasuklah makanan ke, jam ke, tak kira la duduk atas meja makan ka, kabinet ka.. selagi tak dapat.. selagi tu la dok bising sambil tunjuk nak barang tu.. time ni memang akan dipujuk rayu suruh dukung.. suara boleh tahan.. sambil jari halus mulus dok tunjuk barang yang diidamkan tu haaa.. bila dah dapat kemahen senyum suka ;)
next entry umi akan kongsikan senarai menu untuk Rania yang dah umi buatkan.. Rania genap setahun umi inteo dengan menu baru.. menu apa ?
Tunggguu..
0 Comments
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)