Tudung kanak-kanak

Keperluan Ibu Semasa Berpantang

walaupon sibuk menyediakan keperluan bayi, keperluan ibu semasa berpantang jangan dilupa ye. ini pon penting. setelah hampir 40 minggu membawa anak yang dikandung, semasa dalam tempoh berpantang la ibu-ibu perlu berehat secukupnya untuk pulihkan kembali tenaga yang hilang semasa bersalin nanti ^0^

So, pada suami-suami sediakanlah keperluan isteri semasa berpantang sebaiknya. ala, bukan untuk orang lain pon, untuk isteri sendiri jugak kannnn :) isteri-isteri pon perlu lah berkomunikasi dan berkerjasama dengan suami supaya mudah untuk melengkapkan segala keperluan ibu-ibu semasa berpantang nanti. barulah seronok sewaktu melakukan persiapan bersama. lagipon badan ibu-ibu nak guna lama kot. in shaa Allah ..

ini senarai keperluan saya semasa berpantang nanti..


EPHYRA
ini jangan dilupa sama sekali. bagus diamalkan semasa tempoh berpantang. selain untuk kecantikan & kesihatan Ephyra juga turut membantu menambah susu badan ibu. (jemput klik tu ye boleh tengok gambar saya semasa tempoh berpantang).

mudah-mudahan ’permata hati kami’ nanti mendapat susu umi secukupnya. aamiin ^^

in shaa Allah, nanti saya akan buat review sepanjang menggunakan Ephyra dalam tempoh berpantang. tungggguuu... 

***UPDATED***


tak perlu disangkal lagi.. kulit sentiasa lembap semasa tempoh berpantang. sihat bertenaga.. siang hari pon tak rasa mengantuk.. relax je.. walaupon memalam terpaksa berjaga nyusukan anak.. 


WAJIB BELI EPHYRA KALAU UOLS NAK BERPANTANG NANTI TAU.. BEST SANGATTTTTTT.. BERBALOI DENGAN HARGA.. KULIT CANTIK BERSIH, IBU BERTENAGA, SUSU BANYAK, KULIT BABY PON CANTIK.. TAK CAYA CUBA LAH BELI TRIAL PACK DAN RASAKAN SENDIRI KEHEBATANNYA.. PASTI UOLS AKAN JATUH CHENTA DENGAN EPHYRA MACAM SAYA NANTI. HIHIHI 


SET BERSALIN TANAMERA
dalam banyak-banyak set bersalin yang ada dipasaran, saya sebulat kata pilih jenama Tanamera sebab selalu baca tentang testimoni mereka dalam Majalah Pa&Ma. so, rasa teruja nak mencubanya sendiri. lagipon dalam set ni lengkap disediakan. ada 10 item antaranya
  1. Minyak Kelapa Dara -masa kandungan 7 bulan dah mula guna sapu kat perut untuk elak strechmark. kandungan masuk 37 minggu dah boleh guna untuk sapu dibahagian perinium & juga untuk diminum.
  2. Sabun- suka sabun ni. sedap je, bau herba. lepas guna rasa kulit lembut. boleh diguna seisi keluarga. cik abe pon suka.
  3. Mandian Herba
  4. Pilis
  5. Skrub
  6. Teh Herba
  7. Minyak Urut
  8. Bengkung
  9. Herbal Feminine Wash
  10. Pes untuk berbengkung
*Minyak Kelapa Dara & Sabun saya beli extra.

***UPDATED***
sangat bagus.. nak-nak teh herbanya.. hari ke 3 minum dah boleh membuang.. lega :p
rasa teh dia pedas-pedas gituu.. 


skrub pon best.. lembut je kulit selepas guna.. 


pes untuk bengkung pon best.masa guna hangat je rasa tapi bila kering bangun je habis berderai jatuh. agak leceh nak mengemasnya.. 

TUNGKU BESI
harga masa beli RM19. suami beli di kedai pekakas plastik di Chow Kit. sangat penting untuk bertungku pagi, petang, malam. tungku besi kepanasan dia bertahan lama.
nak lagi sedap balut dengan daun mengkudu ^^

*** UPDATED***
sangat berguna dan bagusssss guna tunku besi.. perlu ada satu bagi ibu-ibu yang bakal berpantang


TUNGKU HERBA ANUGERAH 
harga RM48.
saja beli buat spare. boleh guna sementara tunggu tungku besi diapanaskan. kena stim dalam pengukus atau nak senang kita guna aje periuk nasi elektrik. hikhik ^^
**tak best sebab kepanasannya tak bertahan lama. kejap2 dah nak kena stim. guane boh. 


PILIS ANUGERAH
RM15
ini pon saja spare juga. pilis tanamera pon ada tapi jenis serbuk. yang anugerah jenis minyak, so, agak menyenangkan di situ. boleh disapu bila-bila masa. untuk buang angin di kepala & elak pening kepala. siap dibacakan dengan surah-surah pilihan.
* sangat-sangat bagus. sapu je di dahi. alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang, tak pernah alami sakit kepala atau kelabu mata. walaupon sering terjaga waktu malam.


BENGKUNG SENDAYU TINGGI
ini pon sama juga, saja buat spare. kata nak ramping macam sebelum mengandung, haruslah berdisiplin untuk berbengkung. satu guna, satu basuh. pakai bergilir-gilir. takkan la 44 hari nak bantai pakai satu bengkung aje kan. 



KAIN BATIK
memang sedia ada rasanya ada la 9 helai. cukup la kot..! kita main rotate je hihihi.
banyak dapat hadiah masa kawin dulu. lagipon jarang guna bila dok rumah. maklum le, mak dara moden. mana maunya dok ghumah berkain batik bagai -_-’ ihik

T-SHIRT PENDEK, LENGAN PANJANG & KARDIGAN/ BAJU SEJUK
yang ini memang dah sedia ada. dari dulu lagi dah standby. hahaha. kutip baju cik abe yang lama-lama tak pakai tu. agak rasa sejuk padankan aje dengan kardigan.

STOKIN
pinjam koleksi stokin cik abe jew. tak kuasa la nak membeli baru :)

BIDAN 
bab ni cik abe yang uruskan. lagipon saya mengurut dengan Mak Perak je. so, tak payah susah-susah nak mencari :)

NURSING BRA
ada tapi tak banyak. rasanya ada dalam 7 helai je. kasik rotate la kan.
lepas habis pantang pi beli lain.


PADS
saya rasa saya beli 3 jenis. 1 jenis bertali Kotex, 1 jenis besar & lebar Pureen, 1 lagi jenis biasa Kotex. beli banyak-banyak sesiap. lebih tak apa, jangan tak cukup.
 comfirm banyak pakai kan..?

COTTON BUDS & TISU
tisu penting untuk cuci/ lap luka di bahagian perinium nanti
cutton buds berguna untuk sapu ubat kat tempat jahit tu ke..!
yang penting sediakan je. guna tak guna belakang kira.


MAKANAN & MINUMAN 
hanya horlicks yang boleh saya minum. dapat tambah susu badan katanya. kalau milo tak sesuai dengan saya takut sembelit. sembelit semasa berpantang memang naya oooo. selain itu, saya sediakan juga kurma ajwa + biskut jacobs + air gamat (mak mertua suruh beli. saya pon suruh suami beli. just beli buat spare) 


MANJAKANI 



oke, bagi yang dah tahu khasiat manjakani pasti tahu, kan ! betapa pentingnya manjakani kepada kaum wanita.. especially selepas bersalin, so, manjakani juga PENTING DAN PERLU DISEDIAKAN SEMASA BERPANTANG. 


apa khasiat dan kelebihan manjakani, in shaa Allah next entry akan saya kongsikan, ye ! 


rasanya ini aje lah keperluan saya semasa berpantang nanti.. dup dap ! dup dap ! jantung ni haaa.. nak tempuh tempoh berpantang setelah sekian lama menanti.. 6 tahun ooo.. semoga Allah permudahkan segalanya. aamiin...

 selebihnya macam seluar dalam pakai buang saya tak beli pon. nursing pads pon tak beli juga... mmmm.. rasanya macam dah cukup je ni ^^

25 Comments

  1. asslmkm ciksu.. mekasih ya share benda ni. sy tak sediakan lagi bab2 set berpantang ni.. adeh.. =,=
    tunggu balik ipoh esok nak kena cari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERPANTANG DENGAN AMAT JIMAT DAN TIDAK MEMBAZIR 100% BUATAN KAMPUNG BERASASKAN HERBA SEMULAJADI/MURAH DAN MAMPU DIMILIKI OLEH SEMUA GOLONGAN TERUTAMA WANITA LEPAS BERSALIN
      As salam sekiranya berminat
      1.MANDIAN HERBA - RM 7
      untuk wanita/wanita lepas bersalin hilangkan lesu badan
      Kurangkan angin dalam badan
      Lembutkan urat saraf yang tegang lepas bersalin
      Memberi kesegaran boleh digunakan untuk bertangas wanita lepas bersalin. Menghilangkan bau badan
      2. MINYAK URUT HERBA -RM10
      untuk lenguh2 badan
      urut dalam pantang untuk buang angin Dapat kurangkan bisa2 & sengal2 badan 3.LULUR HERBA-RM5 untuk lembutkan kulit seluruh badan sekiranya diamalkan selalu dapat hilangkan hitam2 di celah2 pelipat Hilangkan daki2 badan
      4. BEDAK SEJUK KAMPUNG -RM3
      Dapat kurangkan ruam2 Bayi
      Melembutkan kulit muka
      5.JAMU LEPAS BERSALIN-RM30
      postage RM10
      Berminat wassup 0193291084

      Delete
  2. akak anak dah 3 ni penah guna 3 laa set besalin sue heheheeh...anak pertama pakai jamu selapan sebb tak tau nak pakai ape mak yg suruh...anak yg kedua pakai mustika ratu...anak ke 3 pakai nona roguy....mmg nona roguy terbaik...takde masalah sembelit mase minggu pertama tu sbb lepas kite bersalin minggu pertama tu akan hadapi kesukaran nak yak2...so better stenbai okey....

    ReplyDelete
  3. akak anak dah 3 ni penah guna 3 laa set besalin sue heheheeh...anak pertama pakai jamu selapan sebb tak tau nak pakai ape mak yg suruh...anak yg kedua pakai mustika ratu...anak ke 3 pakai nona roguy....mmg nona roguy terbaik...takde masalah sembelit mase minggu pertama tu sbb lepas kite bersalin minggu pertama tu akan hadapi kesukaran nak yak2...so better stenbai okey....

    ReplyDelete
  4. Kakak dulu guna set bersalin amway. Kakak nampak kain bengkung Sendayu Tinggi sama dgn Amway punya. Warna dia pun sama. Kakak punya masih ada lagi tau sampai sekarang...

    ReplyDelete
  5. Macam mana umi berpantang sendiri tu? Haha.. umi kan? Semoga semuanya ok ok je kan.. baby pasti baik2 je.. tak susahkan umminya.. berpantang elok2 ya.. tak sabar dah nk tgk gambar baby ni.m

    ReplyDelete
  6. bersiap sedia yer CikSu...bagus2...tapi iolss tak pakai pilis dan param tu masa dalam pantang...allergic...tak tahan, naik ruam2 kat muka...hu hu hu...

    ReplyDelete
  7. selamat berpantang cik sue... amboi sempat buat entry .. ke autopublish ni.. jaga kesihatan tau.. pilis tu mmg elok pakai utk elak pening dan mata mudah rabun...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ciksu. bestnya baca org prepared barang nak berpantang. heee beli ephyra dengan ciksu boleh dapat murah tak? hihiiii teringin sheila nak cuba ephyra... btw, nursing bra tu penting kak kalau keluar nanti senang nak df baby. sheila dah tak reti pakai bra biasa. hihiii lagi satu tips, milkbooster jangan amik setiap hari tau. lebihkan makan nasi dan minum air. sheila try 2 minggu tak mkn milkbooster, 2 jam sekali pam boleh dapat 5oz. alhamdullilah. so sheila percaya, asal kita makan cukup, minum cukup. susu pun meriah. hehehheee

    ReplyDelete
  9. Set berpantang tanamera mmg best ciksue..wpun agak mahal tapi berbaloi...hehe..semoga dpermudahkan urusan ciksue yer

    ReplyDelete
  10. nice! buat rujukan utk ayu juga. skrg da 5 bulan. lg 2 bulan kena prepare dah benda benda ni

    ReplyDelete
  11. Bagus buat senarai mcm ni boleh dijadikan rujukan kawan2 yg lain.. :D

    ReplyDelete
  12. Wah pnuh set tanamera..hihi..nnti share tau klbihan dia

    ReplyDelete
  13. selamat berpantang...pantang kt kedah ke perak? tak sabar nk tgok muka bb ni ;)

    ReplyDelete
  14. phew...lengkap.pad mmg pkai byk so beli byk2 sng

    ReplyDelete
  15. mama dulu panyang sendiri kak, nak balik kampung masalah banyak sangat, apapun pantang tetap kena pantang...

    ReplyDelete
  16. nak tengok gambar tungku besi, Chef Su..ari tu, IbuNoey dok cari gak tungku besi.malas nak beli online sebab berat kan..sudahnya,pakai tungku yang elektrik tu je..oh ye,yang bengkung tu,IbuNoey pun beli dua tau.gilir2 pakai..

    ReplyDelete
  17. takde komen yg dah di approve ni mesti auto publish ni.

    set tanamera tu saya suka scrub dia. baru je cite kat blog. pastu yg tampal kat perut tu pon best. rasa kemas je perut. tapi nak pakai bengkung tu memang pitam sbb kena pakai sendiri. nak masukkan tali satu-satu hoiii tak seronok. tapi bila dah pakai tu perut kemas je rasa.

    minyak kelapa dara saya beli lebih gak dulu, tapi tak pakai abih pun. sebotol beri ke orang. sebotol lg tak habis2.

    kain batik plak saya ganti dgn skirt labuh. senang skit. then pad plak saya pakai pad biasa je. sbb pad utk bersalin ni tebal sgt.

    ReplyDelete
  18. perfect! lengkap sudah tu.. boleh berpantang.. jijah semua sediakan.. tapi nak buat cmner bersalin czer pula.. tapi pantangnya tetap sama :)

    ReplyDelete
  19. wah semua dah tersedia ye Ciksu :)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)