SOTO AYAM
Kebiasaannya setiap kali buat soto ayam,
saya selalu guna rempah siap sedia keluaran MakSiti tu..
rempah tu memang dah cukup rasa & memang sedap.
tetapi memandangkan pada hari kejadian, saya terlupa nak check stok rempah saya. rupanya dah kehabisan daaa!
alahai.. nak nyuruh cik abe keluar beli rempah soto semata, macam tak berbaloi lak. sian cik abe.
Makanya gigihkan diri ini mengoggle resepi homemade rempah soto.
terus aje ambik resepi beliau memandangkan kesemua bahan yang diperlukan sudah sedia ada dalam esbok. amat mudah sekali. cuma tunggu nak guna aje.
Saya adjust dekat bawang je la. tak nak campurkan bawang ros, bawang besar & bawang putih sekali. kalau nak tengok resepi lengkap boleh klik link yang saya bagi tu ye.
alhamdulillah, ok je rasanya :)
Bahan untuk kuah soto ayam:
Bahan tumisan untuk kuah soto:
serbuk lada putih -bancuh dengan air
4 sekawan
garam
air secukupnya
Bahan kisar:
bawang merah secukupnya
halia secukupnya
5 biji buah keras -saya rendam air panas
1 sudu makan biji ketumbar -saya rendam air panas
1 sudu teh jintan putih -saya rendam air panas
1 sudu teh jintan manis -saya rendam air panas
*satukan kesemuanya kendian kisar.. tujuan saya rendam air panas sebab nak mudahkan kerja mengisar nanti. maklum le mata blender dah tak berapa nak tajam. hikhikhik
Caranya:
Tumis 4 sekawan, kendian masukkan bahan kisar.
dah garing masukkan ayam
kendian masukkan air, biar mendidih
masukkan garam & lada sulah.
*agak ayam empuk boleh la keluarkan, tos sekejap.
Bahan sampingan:
rebus nasi impit bersama daun pandan + air + garam sehingga masak.. ketepikan
goreng kacang tanah.. ketepikan
goreng su’un.. ketepikan
goreng dada ayam. kendian racik halus.. ketepikan
limau kasturi, daun sup & bawang dipotong.. ketepikan
cili kicap selera memasing la ye
SOTO AYAM buat sendiri puas benor makannya.
Kebiasannya jugak kalau buat begedil kentang saya suka salut nestum atau oat kan. untuk berkuah macam ni just salut telur je la.
Pelengkap hidangan Soto Ayam Sedap semestinya kena ada
begedil kentang, ayam goreng racik, nasi impit,
su’un goreng, bawang goreng, kacang tanah goreng,
daun sup, daun bawang, tauge,
sambal kicap, limau kasturi..
Tengok.. banyakkan bahan sampingan yang diperlukan untuk menikmati hidangan
Soto Ayam Sedap.. walaupon pelbagai bahan sampingan perlu disediakan sebelum menikmati Soto Ayam Sedap ni,
percayalah hasilnya nanti pasti melazatkan anak tekak memasing.
nak makan kan.. apa ade hal. ye dok ;)
ppsssttt: tenkiu semua :)
10 Comments
Assalamualaikum kak.. wahh dapnya.. terliur T___T"
ReplyDeletesoto ni mmng sedap tapi agak renyah nk buatnya coz bnyk bahannya ;p
ReplyDeletejuadah feveret dipagi raya ni ...
ReplyDeletesedapnyaa :)
ReplyDeletefeveret akak..
ReplyDeleteSedapnya soto ayam.. Fav sy ni.. Nk mtk mak buat la bila balik ipoh nti..
ReplyDeleteSedapnya soto ayam.. Fav sy ni.. Nk mtk mak buat la bila balik ipoh nti..
ReplyDeletesedapnye..nak nak ada begedil lg sedap
ReplyDeleteni menu hari raya pertama di rumah ekluarga Ros ni :)
ReplyDeleteSuami sy reti lah resepi nih... Sy reti mkn je.. Hehe
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)