Seikat RM1.. beli dipasar Chow Kit dengan peniaga Melayu.. dah la murah, banyak pulak tu..
Saya memang suka guna daun sireh.. sejak zaman bujang lagi saya dah mula guna daun sireh ni sampai la sekarang.. semua ni gara2 terbaca dalam majalah Wanita (kalau tak salah).. yang mak punya.. kebetulan kat kampung, ayah memang ada tanam pokok sireh. senang dan membantu :)
Kemdian masa saya duduk penang saya dapatkan stok dari pasar malam.. 10 helai singgit.. mahal rasanya tapi sib baik daunnya lebor2.. hihi.. kalau tak dapat di pasar malam saya amik je kat umah kak sepupu sebab dia ada tanam juga ;)
Saya buat apa dengan daun sireh ni.. haaa, nak tahu.. saya guna untuk membasuh/ mencuci Miss V.. sebabnya daun sireh mengandungi sejenis bahan antiseptik semulajadi yang baik untuk membunuh kuman, bakteria dan kulat.. terutamanya untuk merawat masalah keputihan..
Alhamdulillah, saya memang tak da masalah keputihan.. selain itu, daun sireh juga dapat menghilangkan bau bauan disekitar MissV.. terutamanya selepas Miss P singgah.. hehe.. masalah gatal2 di bahagian Miss V pon tak ada.. alhamdulillah saya tak pernah mengalaminya sejak mula mengamalkan air sireh ni. dah lama saya amalkan :)
Caranya pon senang je.. sediakan daun sireh secukupnya, basuh cuci kemudian rebus dengan air sampai mendidih.. kemdian biar suam suam kuku, jadikan ia sebagai air basuhan untuk MissV.. saya tak da la guna hari hari.. seminggu dalam 2x je.. penggunaan daun sireh ni juga berfungsi sebagai perapat (:
Kalau hidung saya berdarah pon saya sumbat daun sireh.. caranya amik daun sireh, renyukkan daun sireh tu kemdian kasi gulung2.. ala, bagi muat2 dengan hidung uols la.. kemdian sumbat masuk dalam hidung.. pastu dongak kepala sikit.. dengan izin ALLAH.. darah yang keluar tadi akan beransur kurang.. kiranya daun sireh ni boleh menghentikan pendarahan juga :)
Saya memang tak beli produk pencuci di pasaran.. kena tengok pada nilai pHnya juga sebelum guna.. kalau tak sesuai boleh gatal2 atau sebaliknya. saya lebih selesa guna cara alami kerana sangat sangat membantu.. hihi..
UPDATED
Selain digunakan sebagai pencuci MISS V.. juga digunakan sebagai EYE DROP
caranya: lumatkan daun sireh, campur filtered water, saring. kemdian titiskan ke dalam mata, guna kapa bersih. kalau ada baki boleh simpan dalam peti sejuk. boleh guna time sakit mata.. Inshaa ALLAH. kita berusaha..
28 Comments
Mmg banyak ilmu kesihatan QR ni.. baru tahu pasal kegunaan sireh utk hidung berdarah ni.. bagus ni... selamat
ReplyDeleteMmng bagus kan daun sireh ni ...akak kalau rajin buat..tapi Skrang ni dah jarang2 buat..malas lah tu..hihihi..
ReplyDeletebetol tu sy biasa guna masa dlm pantang...tp lps pntang jarang2 je la..hehe...tq share..
ReplyDeletesy pun suka guna daun sirih..baunya punn best..kat sini ramai juga yang tanam, senang lagi la nak dapat..
ReplyDeletedaun sirih mmg elokkan..
ReplyDeleterajinnya, kalau saya memang tak buat la hiksss :)
ReplyDeleteSalam dinda,
ReplyDeleteTip yg murah,mudah dn berkesan
Kanda sihat je..hrp dindapun begitu ye..,
Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com
ReplyDeletetq for sharing dear
ReplyDeleteCiksu rajin merebus sirih. Kagum plak saya. Selama ni penah dgr pasal kegunaan sirih utk cuci miss v. Tp tak penah dgr ada yg buat. Kalo ciksu kata mujarab, sy kena cuba la nnt.
ReplyDeletetak pernah cuba cara tradisional macam ni..selalu guna y dah siap sedia je..
ReplyDeletewaaaa..bagusnya tips dari ciksu ni.. gunakan secara semulajadikan..
ReplyDeletemcm sekarang ni dorang jual secara produk.. hrga pula sebotol kat Rm50.. aduhai..mahalnya..
ni yg nak try nk. kat sebelah rumah bi mmg ada pokok sireh. hihii
ReplyDeletedaun sirih memang bagus..:) lagi 1,kalau taknak bgi jerawat naik kat muka,cuci muka dengan air sirih tu..
ReplyDeletetq ciksu..bg tau rahsia ini
ReplyDeletenk try nk try..hihi
dulu selalu jugak guna..bab pokok sireh banyak kat umah..sekarang ni dah tak guna sebab nyersireh semua dah mapuh tenggelam banjir.
ReplyDeletesirih kalau untuk miss v mmg terbaiklah...mmg terkenal sejak turun temurunkan.. :)
ReplyDeletehaa..mmg bgus..dia matikan bakteria kan..lya dulu pon pnh buat..ajaran dr arwah tokwan.. lps tu gna pcuci sireh emas..cz ssh nk jumpa daun sieh ni
ReplyDeleteSy dulu rebus minum.air.. Utk.kesihatan dlmn dan seri wajah...
ReplyDeleteRajin ciksu..ayut gunavyg bli tu je...ekstrak daun sireh jgk ...suka bau dia ;)
ReplyDeleteRajinnya...sy guna safi manjakani tuh je
ReplyDeletebagusnya petua nih.. nak amal lah lepas nih.. thanx ciksue.. =)
ReplyDeletememang banyak kelebihan daun sireh ni kan :)
ReplyDeleteBagus kalau rajin amalkan petua dulu dulu nih. Akk x rajin.
ReplyDeletePernah gak dgr petua org tua tua klw hidung berdarah sumbat daun sirih. Tp x tau nak buat cem mn. Skrg dah tau. Tq for d info
Ldy suke bau daun sirih
ReplyDeletebagusnya daun sireh.. thanks sharing cik sue.. tp sebut psl sireh ni, x suka la bangsa mnyanmar yg suka kunyah sireh pastu main meludah merata tmpt.. huhuhu..
ReplyDeleteSalam perkenalan ciksue. Sy pun guna daun sirih tp bukan untuk cuci miss V. Sy guna sebagai eye drop. Lumatkan daun sirih, campur filtered water, saring. Titiskan ke dalam mata guna kapas bersih. Simpan selebihnya dalam fridge. Tahan sampai 2 hari. Kalau ada sakit mata (conjunctivitis) insyaAllah blh baik.
ReplyDeleteRajinnya awak ni QR. . ....mmg bagus guna bahan semulajadi tak risau bahan kimia yg dicampur...tp okje hampir tak pernah guna....nak cari pun susah...
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)