Tudung kanak-kanak

Resepi Mee Hailam. Nak cuba silalah. Hihi


Menu Mee Hailam dengan Air Kurma Merah.. semuanya homemade.. gituu.. kena habaq..kang ada pulak kata ciksu beli..kan!! ekekekeee :)

Disebabkan hari sabtu baru ni terlebih rajin, ditambah pulak stok barang ada dalam esbok maka berasaplah dapuq ciksu tu.

Hanya tambah beberapa barang saja untuk melengkapkan menu Mee Hailam tu. Antaranya daging, fish ball, jagung muda dan sawi. Yang lain semua dah sedia ada :)

ciksu tak guna ayam dan sotong sebab alergic dengan dua jenis makanan tu. Kalau makan comfirm lepas tu naik bijik2. Huhuhu.


ciksu masak Mee Hailam yang simple je..Selera untuk memenuhi tekak orang bujang ^____-

 

Bahannya:

Mee kuning sebungkus 450 gram
  • Udang saiz XL dalam 400gram
  • Daging batang pinang dalam 1 mangkuk je
  • Lobak merah 1 batang
  • Sawi dalam 3 ikat
  • Jagung Muda 1 bekas
  • Fish cake 5 keping
  • Fish ball 1 plastik
  • Tepung jagung - bancuh dengan air sejuk.
  • Lada hitam - tumbuk. Nak pedas atau tak terpulang. 
  • Sos tiram -secukup rasa
  • Kicap mee-sehitam yang uols nak. terpulang k
  • Gula dan garam sesedap rasa
Bahan kisar:
  • Bawang putih, bawang besar dan halia -kisar
  • Cili kering -kisar
*saya guna bawang kisar dalam satu senduk kecik.
* cili kisar pon saya guna dalam satu senduk kecik juga.

Bahan Hiasan Mee Hailam:
Kasik cun melecun sikit. Hahaha :p Apa yang saya ada. Antaranya
  • Daun sup 
  • Daun bawang 
  • Bawang goreng 
  • Cili merah 
  • Limau nipis (stok dari kampung, mak saya ada tanam pokok limau nipis)


Caranya:
  1. Mee basuh, celur, sejat.
  2. Daging potong nipis, basuh, sejat. Rebus daging untuk amik airnya. Biar daging lembut, asingkan.
  3. Udang kopek kulit, basuh, sejat, sangai tanpa minyak, kisar dengan air then tapis ambil air udang untuk dijadikan stok.
  4. Tumis bawang sampai garing, kemdian masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
  5. Kemdian masukkan fish cake, fish ball dan daging. Biar kering/ garing.
  6. Dah agak garing masukkan stok air rebusan daging. Biar mendidih.
  7. Masukkan sos tiram, kicap pekat, lada hitam, gula dan garam.
  8. Masukkan lobak merah, jagung muda. Biar empuk.
  9. Masukkan udang. Biar mendidih lagi.
  10. Rasa sesedap rasa, baru masukkan sawi.
  11. Sebelum tutup api masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Nak pekat atau cair terpulang la ye :)
Tadaaaaa..siap sudah kuah Mee Hailam :)

Tergoda tak nengok kuahnya. Hihi. Stok untuk 1 hari 1 malam. Hahaha. Dok la perangat kuah ni pagi, petang, siang, malam..cuba tau jangan tak cuba.. memang sedap ini Mee Hailam :)

pppssssttt: Selalunya saya guna periuk telinga ni la untuk buat kuah sup atau gulai..Kuantiti untuk 2 orang makan.



33 Comments

  1. sedapnya nampak.. nak try la.. ROs suka makan mee hailam.. tapi tak pernah try buat..

    ReplyDelete
  2. oooo ok... tau dah...boleh masak la lepas ni...

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya ciksu..tp amy dlm pantang lg..xleh try..hehe

    ReplyDelete
  4. owh..sungguh mengiurkan kuah tu haha, ..pcl dah pakat2 dgn mamaD..puasa ni nak buat makan pasta je masa berbuka ..tgh kumpulkan segala jenis resipi berkaitan. Taknak makan nasi....

    ReplyDelete
  5. auww.. tergoda ai... hihi... dah la tgh lapar nii.. cik sue ni mmg berbakat sungguh dlm masakan kan... ;)

    ReplyDelete
  6. Sedap nampaknya kuah me hailam tu.

    Nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  7. Mak oi..byk untuk 2 org mkn ni....leh repeat byk kali...

    ReplyDelete
  8. wahh..nampak sedap..nanti bila2 bolehlah cuba. :)

    ReplyDelete
  9. Bagus ni untuk buka puasa nanti.. nyum2..

    ReplyDelete
  10. Sedap sedap. Akk suka mknn yg berkuah ni. Menyelerakan.

    ReplyDelete
  11. amboii sedapnya ciksu oi..terliur jijah ni..

    ReplyDelete
  12. wah! sedappp nya sis...
    nak cuba lah nti..jarang dpt makan mee hailam ni..:)

    ReplyDelete
  13. dah kawin nti kena terjah blog ciksu selalu la..hehe..
    ciksu, kalau la resepi2 ni dibukukan, confirm tebal kan.. =)

    ReplyDelete
  14. sedapnyer ada udang besar... mee hailam bunda lain sikit..xder cili kisar..tq share..

    ReplyDelete
  15. uih sedapnya... untuk penuhi selera org bujang ke?

    ReplyDelete
  16. yati pun selalu camtu klu weekend, msk siap2 tuk mkn mlm sekali

    ReplyDelete
  17. air kurma elok utk kesihatan kita tu ciksu....

    ReplyDelete
  18. tengkiu share resepi, jaa belum penah buat sendiri lagi mee hailam ni...

    ReplyDelete
  19. Suka gak makan mee hailam ni .... Tp buatnya je jarang! Hehe

    ReplyDelete
  20. mmg mudah nak buat & sedap rasanyer kan !

    ReplyDelete
  21. Tq share resepi, buka pose nnt akk blh la buat sbb xpernah lg msk mee hailam.. :D

    ReplyDelete
  22. Thanks for the resipi sue. Nnt bley try.

    ReplyDelete
  23. Terlioq plak tengok mee Hailam ni di siang ari..

    ReplyDelete
  24. ciksu kalau udang tu ganti dengan ayam sahaja boleh tak? kami allergic seafood. jawab tau.. ;)

    ReplyDelete
  25. ada menu ni kalu rajin boleh la akak try nanti

    ReplyDelete
  26. ada resepi mudah dah... bole masak jk bila2 kepingin nak makan :) sedapnya

    www.mnmforlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. Huwaaaa...tengok kuahnya terus tergoda...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)