Tudung kanak-kanak

JOM MASAK: Serawa Labu

Petang ni saya buat Serawa Labu je. Simple. Siap je terus makan. Berasap-asap lagi. Sedap. Makan pon laju-laju ajew.

Sebab nak merempit pergi pasar malam pulak dengan pak hubby-B. Jom, ada sesape nak itut pi pasar malam Jalan TAR, key el.


Sebelom bergerak, nak tepek resepi buat tatapan uols ;D


Bahan-bahan:
  • sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
  • gula merah -secukupnya
  • garam sesedap ghasa
  • santan (kalau nak kuah lebih, tambah lagi)
  • air -secukupnya
  • daun pandan-simpul
  • sagu-rendam bagi kembang/lalukan bawah air paip

Cara-cara

1) Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir empuk.

2) Asingkan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula merah,garam, dan daun pandan. didihkan hingga labu masak..

3) Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih.

Oh ya, kalau uols nak masak labu terus pon boleh, gunakan santan perahan kedua. Bila labu dah lembut baru masukkan pati santan dan bahan2 lain.

:: pastikan santan tak pecah minyak. Selalu kacau ::


Labu yang siap dipotong. Kemdian dadukan atau terpulang dekat uols nak buat camna.

Tadaa.. jom minum petang.. 

pppsssttt: hari ni semua masak makanan yang mak selalu buat.. rinduuuuu la tue ;D






25 Comments

  1. sedapnyer..mak iman lau kg2 nh suke banget la.kak iman ske wat serawa durian..haiyo rempit g jalan tar..nk ikut

    ReplyDelete
  2. salam ciksu..
    Nice resepi..
    Apa khabar ciksu?

    ReplyDelete
  3. terliur lah plok..
    taruk dalam peti sedap jugak ni

    ReplyDelete
  4. sedapnyerrrr cik su.....
    tok wani selalu buat sebab kat belakang umah dia banyak labu hikhik

    ReplyDelete
  5. nak itut g pasar malam...!!! hehehe

    ReplyDelete
  6. sdapnya ciksu....sy xnk msk..sila anta ckit kt umh sy..haha

    ReplyDelete
  7. ohh~ labu boleh buat serawa juga ya.. bestnya... nnti boleh cuba..TQ share..:)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum qaseh...sedapnya serawa labu ni...:)

    ReplyDelete
  9. slalu makan gulai lemak je

    tataula ape rase serawa lak

    manis kan?

    ReplyDelete
  10. Segala bahan dari labu kuning mmg favourite satu family... Mesti nak cube ni~! :)

    ReplyDelete
  11. Favourite akak ni....tapi dlm rumah ni akak sorang je yg suka..huhu..jadi kalau ada labu tu sampai kecut dibuatnya. Bukan org kata ni pengat labu ke?

    ReplyDelete
  12. baru tengok pic yang kawan post kat fb. dia buat pengat labu jugak.

    ReplyDelete
  13. x pernah makan serawa labu ni..ape rase dia ciksu

    ReplyDelete
  14. sedapnye , nampak lemak berkrim disukai ramai

    rindu kat mak ler tuu :)

    ReplyDelete
  15. dh lama xmakan labu sejak bersalin, my mil kata xelok, jd xmakan wlpn sbnrnya mmg xsuka... hi3..

    dh lama juga xpergi jln tar kl sejak ada anak kecik susah nak bersesak-sesak tp keinginan nk pergi tu ada....

    ReplyDelete
  16. tak pernah buat serawa labu ni. tapi tgk pun dah terliur nih~

    ReplyDelete
  17. Lama dah tak makan serawa labu..
    Rajin ciksu masak.. Kena p rumah la camni, leh makan sedap2 :)

    ReplyDelete
  18. labu masak lemak pun sedappkan...

    ReplyDelete
  19. serawa ngan pengat tak sama ke....huhuhu. Setahu saya, serawa yg durian tu je...yg makan ngan pulut

    ReplyDelete
  20. sue ni mmg pandai serba serbi kan..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)