Tudung kanak-kanak

PILIHAN RAYA NEGERI PULAU PINANG 12HB OGOS 2023

SELAMAT MENGUNDI DIUCAPKAN BUAT SEMUA RAKYAT DI ENAM BUAH NEGERI DI MALAYSIA. 

ANTARA ENAM NEGERI TERSEBUT IALAH:

✓ KEDAH DARUL AMAN 

✓ PULAU PINANG

✓ SELANGOR DARUL EHSAN 

✓ NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

✓ TERENGGANU DARUL IMAN

✓ KELANTAN DARUL NAIM

Untuk kesekian kalinya mengundi lagi selepas 9 bulan Pilihan Raya Umum Ke 15 pada 15 November 2022 yang lepas. 

Ciksu buang undi di tempat tinggal sekarang. Doakan semoga untuk Pilihan Raya akan datang, Ciksu dapat buang undi mengikut alamat sendiri pulak. aamiin. 

Sebelum-sebelum ni pernah BUANG UNDI di 

✓Negeri Johor

✓Negeri Terengganu

✓Pulau Pinang 

Tak kisah di negeri mana kita buang undi, asalkan kita laksanakan tanggungjawab itu. 

Dinasihatkan pada kengkawan yang SUDAH CUKUP UMUR MENDAFTAR, silalah berbuat demikian. Satu undi kita TERAMATLAH BERHARGA. 

Alhamdulillah. Selesai tunaikan tanggungjawab sebagai RAKYAT MALAYSIA. 

Thank you Allah 🤲 

Mudahkan urusan kami sekeluarga.

Cik abe keluar mengundi dulu waktu pagi. Selepas zohor, Ciksu pulak.

Kena gilir-gilir.

Syukur kedua-dua sesi tak perlu beratur panjang. So, tak perlu menunggu lama. 

Masa giliran Ciksu, deborlah juga. Macam selalu.

HAHAHA 😂


Check in SMK ST Mark, Butterworth 


Ini jelas sikit warnanya. Kepanasan. Kena berjalan keluar sebab kereta tak boleh masuk ke dalam sinun. 

Simpan kenangan di sini... 





Shortcut keluar Ke Kepala Batas dari SMK St Mark ikut susur keluar ke laluan Bagan Ajam. Kemudian ikut laluan Sg Puyu. Terus ikut laluan Sg Dua. Zasss sampai Pajak Song. Ada jemputan kenduri arwah mak kawan yang meninggal sabtu lepas.

Al-fatihah untuk arwah mak Gee. Salam takziah dari Ciksu sekeluarga. 

Next..... 


1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)