Ayahnya Rania balik weekend. Langkah kaki panjanglah sikit ye. Kita ke Pantai Merdeka. Cuci mata tengok view laut 😍
Pantai Merdeka dah dinaiktaraf. Lama sungguh tak singgah ke sini.
Rasanya last mai masa Rania umur berapa erk hari tu. Boleh tengok ENTRY LAMA ⬅️ (sila klik)
PORT MAKAN2 TENGOK VIEW LAUT
Orang mai santai2 makan ABC, Bihun Sup, Laksa. Menu femeslah ni di sini.
Mau kata di Kelantan, menu femes depa mee celup, maggie telur ketam, kerabu maggi dan lokching.
Kalau di Terengganu menu celup tepung.
Masing2 ada keistimewaan. Yang pasti nak lepak tepi laut tengok view yang cantik. Petamg2 boleh tengok sunset.
Sebelah sini juga ada resort. Boleh stay kalau yang berminat. Biasanya orang mai buat team building, reunion dan aktiviti sekolah.
Kemudahan surau sangat selesa. Toilet pon ok. Tapi kena tengok juga, kadang mai time tak ada air, apa pon tak boleh buat. Tapi pihak resort ok. Setakat nai pi solat boleh je ambik wuduk dekat pili tepi2 resort.
Cheesetart ambik 2,3 biji. Habuan kek birthday girl 🤣 Kek cheese 2,3 potong. Jadilah, bhat raso². Kata on diet, kan!
Tapi cheat day lah sebab weekend 🤭
Tak boleh nak jenjalan jauh², sian cik abe. Penat nak kena drive. Kita lepak2 tempat yang dekat aje tapi boleh healing.
Githooooooo 🤣
Sapa yang belum pernah sampai Pantai Merdeka, jemputlah singgah.
Macam-macam ada. Gerai2 jualan banyak. Khemah2 jual pakaian pon ada. Medan selera macam sediakala lah. Menu boleh pilih ikut tekak memasing nak makan apa.
Wajib try ABC GUNUNG JERAI. Sedap tapi tulah tinggi nau. Puas nak habis. Dorang serve dalam cawan tingkat tu, macam tak sesuai. Bila nak roboh, alahai. Habis comot keliling. Better served dalam bekas tipuware yang sq1000 tu. Lagi mudah nak makan. Bahan2 banyak.
Dari Pantai Merdeka boleh nampak medan selera Tanjung Dawai. Kalau hangpa nak pi ke sana beli belacan, boleh naik bot laju yang dok bersidai tepi tembok batu tu.
Harga?
Tak tanya pulak tapi tak mahai pon. Bolehlah, syiok2 😉
Oklah, serba sedikit tentang Pantai Merdeka.
Gambar?
Tak sempat nak snap, syiok layan makan tepi laut 🤣 tapi kalau nak tengok video. Boleh singgah tengok di TIKTOK den ok.
Ok, bye 🚴
0 Comments
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)