Tudung kanak-kanak

DOA UNTUK ANAK SOLEH/ SOLEHAH ♥️

Assalamualaikum.. hye hangpa 🤗

Buat apa tu? Sibuk ke? 

Ciksu sibuk betul minggu ni. Saje sibukkan diri. Cik abe tak ada di sini. Masih PJJ. Minggu² akhir. Selagi boleh bergerak, kita jalan terus. 

Doa hari² semoga sihat selalu, dipermudahkn urusan setiap hari untuk urus Raniaku sayang.

Pagi2 lagi dah keluar rumah. Bawa sesiap kelengkapan sekolah. Selesai aktiviti, terus gerak ke sekolah. 

Malas nak balik rumah. Tak larat nak panjat tangga 😆 Mau panjat masuk rumah, kang malas nak turun pulak

Tak sekolah kekgi mek Rania..

Pergi mana pagi tadi?

Aktiviti pagi tadi ada kacau bubur asyura. 

Bubur asyuranya mana?

Habis sudah masuk perut 🤣 keterlupaan nak snap gambar. Kalut² nak hantar Rania, nak solat Zohor. Selesai semua, terus ngap masuk mulut 😋 sedap sangat terus terlupa. Bubur Asyura versi utara.. 

Settled packing bubur asyura terus gerak ke masjid. Settled apa patut, hantar Raniaku sayang ke sekolah. 

Doa ummi sentiasa mengiringimu Raniaku sayang 😍 

Buah hati ummi ayah. Kesayangan kami dunia akhirat.. 

DOA UNTUK ANAK SOLEH/ SOLEHAH 


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”




Beginilah mak2 tengok anak berjalan hingga penghujung. Sampai hilang bayang si anak. Barulah berganjak untuk pulang.


Ummi sayang Rania. Ummi ayah tunggu Rania 7 tahun. Sekarang umur Rania sudah 8 tahun. Sekejapnya masa berlalu. Terlalu pantas. Terasa seolah baru timang anak. 

Cepatnya kamu membesar 🥺

Semoga Allah jaga dan lindungmu dengan penuh rahmat dan keberkatan 🤲 



0 Comments