Susu legend pon ada. Sedap di minum. Ni susu lembu bukan susu kambing. Ada pelbagai periaa.
Ada menu goreng-goreng. Menu goreng tu ada cili jeruk sedaplah makan, kan! Nasi goreng, mee goreng, koteow goreng.Ada jualan buah kurma
Yong tau foo pon ada.. menu celup celup gini sukalah. Tapi pastikan penjual letak tanda harga ye.. menu gini main cedok cedok bila nak bayar nganga jap 🤣
Kadang harganya boleh tahan. Selepas dah siap bagitau harga, muka pon macam cekodok. Kecut semacam.
If orang berduit tak ada hal. Sian ke orang yang tak berapa nak ada.
Nak mudah, pembeli ringankan mulut bertanya.. tapi mau berkali kali customer mai dok tanya, jenuh juga penjual nak jawab.. hahaha. Padahal benda sama je.
Tak susah pkn buat tanda harga. Buat sendiri boleh. Beli tanda harga dekat kedai eco yang cantik cantik tu boleh.
Kita buat dia kan. So, adjust bagi molek. Penjual mudahkan urusan pembeli. In shaa Allah pembeli juga akan mudahkan urusan kalian.
Menu lain macam biasalah.
Ada air balang. Ayam goreng ala ala kepci. Sate. Kuih muih. Makanan Thailand pon ada.. somtam, kerabu maggi, miangkam dan sosej bakar pelbagai jenis tu.
Kain baju ada juga. Jualan mask masih ada.
Apa pon selamat membeli. Kecik je pasar malam ni. Tepi sungai. Bolehlah habuan cuci mata, cuci poket.
Selamat malam. K bye 😅
3 Comments
betul tu kadang ambil sikit je tapi sampai rm50 dah harga. ida pun dah lama tak pergi pasar malam
ReplyDeleteSemua ada dkt pasar malam tu.. Hihihihi!
ReplyDeletememang seronok kalau pergi pasar malam...Cuya suka hehe
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)