Tudung kanak-kanak

HAPPY BIRTHDAY TO ME. THANK YOU ALLAH

Hari Ulang Tahun yang ke dot dot dot .... hihi..

Thank you Allah atas usia pinjaman ini. Semoga dipermudahkan untuk diriku terus perbaiki diri ke arah kebaikan, dilapangkan beribadah padaMu, keluarga dan mak ayah serta orang sekelilingku aamiin 🤗

Actually, hari ni ada appoinment dekat Klinik Keluarga. Nak pergi klinik musim sekarang kena booking duluan. So, sebelum gerak ke KL hari tu, dah booking tarikh nk jumpa hari ni. 

Alhamdulillah dipermudahkan. Punca dok sakit tulang pinggul sejak bulan lepas. Gara gara uli tepung manual sampai 4kg 😅 

Breadmaker tiber buat hal. Tak sempat cari baru. Layan dulu mana yang sempat. Kesannya masa lepas solat, time duduk baca doa, rasa ngilu menyucuk. Sakit yak mat. Paling tak tahan bila rukuk nak bangun semula. Maha Suci Allah. Menitik air mata tahan sakit. Selepas mengurut makin kurang tapi tetap berasa ngilu. Sampailah goggle cari kot slip disc ke apa ni. Lain maciam sakitnya. 

Tup tup jumpa Klinik ni. Berdekatan. Terus cari info dekat facebook. Disebabkan doktornya perempuan terus onz.

Syukur tak ada apa. Semoga baik baik semuanya. Semoga Allah pelihara kesihatan ini sentiasa aamiin.

Thank you Allah.. 


On the way nak ke Klinik Keluarga dapat mesej dari runner nak hantar barang kiriman.

Cakap dekat dia saya ada appoinment dekat klinik jap. Dah settle Ciksu inform semula k.

Tadaaaaaaa.. surprise.. dari akak kesayangan nun jauh di sana. 

Thank you kak. Sokmo ingat daku di sini. Moga kalian sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt selalu aamiin..

Fiihifzillah.. 

Pic dari runner. Dapat kek dan bouquet FAREHA. Cantik. Simple tapi kemas. Sayang nak leraikan. Hihihi. Nak pakai nanti baru buka 😂


Tudung FAREHA sebagai jambangan bunga. Nice sharing akak 😍


2 Comments

  1. Selamat hari lahir ciksu.Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.
    Harap2 lepas jumpa doktor tu makinokeylah hendaknya pinggang tu.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)