Tudung kanak-kanak

SELAMAT BERPUASA TASU'A







18/8/2021

290/365

9 Muharram


Selamat berpuasa Tasu'a bagi yang berpuasa pada hari ni.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya” (Riwayat Ahmad: no.2154).


Kaedah melaksanakan puasa Asyura telah dijelaskan oleh para ulama kepada tiga iaitu pertama; berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya. Kedua; berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal. Ketiga; berpuasa sehari dan selepasnya.


Ibn Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan dengan kaedah iaitu pertama; berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya. Kedua; berpuasa pada 9 (tasu’a) dan 10 (Asyura) Muharram sahaja. Ketiga; berpuasa pada 10 Muharram sahaja (Zaad al-Ma’ad: 2/72).


Demikianlah disunatkan berpuasa sunat pada hari ‘Asyura dengan diiringi berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.


Rebutlah peluang beramal soleh seperti solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya di dalam bulan Muharram kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.


#bulanMuharram #Muharram #bulanislam #puasa #puasasunat #puasabulanMuharram #keampunan #pahala #beramalsoleh #Asyura #zikir #9Muharram

0 Comments