Tudung kanak-kanak

PENANG: I'M HERE 🙋

Assalamualaikum.. 

Lamanya tak UPDATE blog kesayangan ni.. 

Uols sihat? 

Ciksu doakan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt aamiin. Apa pon kita kena redha dan ikhlaskan hati terima ujian QIF 19 ni. Lalui dengan sabar dan berlapang dada redha dengan semuanya yang berlaku. Semuanya berlaku dengan pantas, kan! 

Dah ramai dari kalangan kita kehilangan orang tersayang sepanjang negara kita di landa pandemik ini.

Bermula 18 Mac, 2020 hingga kini dah berapa banyak nyawa di jemput pulang Allah swt. Pemilik alam fana yang kekal. Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah swt. Meredhakan pemergian yang tersayang dalam suasana yang hiba dan pilu. Hanya yang melalui merasakannya. Yang memandang turut terasa di sudut hati. 

Salam takziah di ucapkan pada kengkawan, ahli keluarga, kenalan yang kehilangan orang tersayang. Suka dan duka. Pasti ada hikmahnya.. aamiin

Al-Fatihah. 







Alhamdulillah.. ciksu di sini baik baik semuanya. 

Now, Ciksu dah berpindah ke UTARA SEMENANJUNG. Ciksu berada di SEBERANG PERAI UTARA, PENANG. Balik ke tempat asal usul. Hihi.

Dalam proses nak membiasakan diri di tempat baru, suasana baru, kediaman baru, jiran baru dan anak baru.. Erk!! 

Coming soon??

Bila??

Apabila tiba masanya. Allah izinkan maka adalah Rania adik nanti.. aamiin.. 

Ya. Kami masih bertiga.

Ummi, Ayah dan Rania. Bahagia cara kami. Seadanya. Hihihi. 

Apa pon Ciksu masih berusaha sedaya upaya untuk membina "branding" di sini pulak. Nak kena cari customer baru di sini. Nak kenalkan produk Ciksu. Kena atur strategi baru bila di tempat baru. 

Untuk permulaan kena lengkapkan dapur duluan sebab tak banyak perabot di sini. Dapur baking kena set up baru untuk keselesaan time baking dan memasak. Senang nanti nak uruskan order dan masak untuk keluarga. Toksey campur. Ciksu ni sejenis yang tak boleh buat kerja dalam suasana yang berselerak. Nanti den kusut pala. Hahaha. 

In shaa Allah, pelan pelan kita usahakan. 

Fokus utama sekarang untuk Rania. Baru pindah sekolah. Nak kena naikkan kembali mood ke sekolah baru. Banyak nak kena psiko mek ni. Rania masih rindukan sekolah lama, cikgu-cikgu dan kengkawan lama di Besut, Terengganu. Baru nak rapat dengan cikgu dan kawan baru dah kena pindah pulak. Kesian Rania. Paling sedih cikgu kelas dialah. Rania baru je dilantik sebagai Penolong Kelas. Hihi. 

Rania siap pesan. Datang sekolah baru nak jadi Penolong Kelas boleh tak ummi. This year tak boleh dah sebab dah ada orang dah kan. Next year in shaa Allah, ada rezeki Rania lagi k.

Don't worry. 

Cukuplah dulu.. pengenalan. 

Next, UPDATE lagi.. 

Story apa.. tunggu 😅


Pesanan penaja: 

Rebutlah peluang beramal soleh seperti solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya di dalam KEHIDUPAN SEHARIAN KITA kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.

0 Comments