Tudung kanak-kanak

NASI KERABU SEDAP DAN MURAH DI JERTEH TERENGGANU

Jalan-jalan cari makan sarapan 😅

Port wajib setiap hari selepas hantar Rania ke sekolah. Biasa akan makan sini kalau ada peneman hahahaha. If tak ada, beli bungkus. Kikiki.

Kadang Cik Abe nak pergi memancing dekat LATA TEMBAKAH pon tapau nasi kerabu dekat sini juga. Makan reramai dekat sana dengan anak-anak buahnya ditemani deruan air terjun. Nikmatnya. 

Best. Makan sambil celup kaki dalam air. Adaa pulak keropok keping tu. Layannnn.. 

Waktu pagi, kalaua sensorang CikSu toksey makan sini sebab ramai orang. Penuh dengan geng pakcik-pakcik masjid, geng hospital dan lain-lain orang. 

Ai is segan 😆 Ada Rania sebagai peneman pon onz. 

Menu peberet dekat sini of course NASI KERABU AYAM BAKAR. SEDAP UOLLS !!!

Harga dan kesedapannya seiring. Perapan ayamnya terasa. Kadang beli ayam ratah saje je. Sambil cicah sambai belacan tu. Pedas pedas sedap. Terbaik Kak Ti.

Thank you Kak Ti. Jenis Ciksu kalau dah suka satu tempat tu, memang dok ulang sini je lah. Memang tak cari kedai lain dah. Memang akan mari sokmo. Tekak dah masuk. Makan pon asyikkkk.. 


Sokmo makan NASI KERABU AYAM BAKAR tanpa budu dan kuahnya. Barulah sihat. Gituuu. Hihihi. 

Sebelum makan kasi gaul sebati kesemuanya. Barulah suap ke mulut. Ya Allah, sedap uols.. lepas makan cium tangan 😆 Memang tak boleh blah tapi nilah peel Ciksu.. 


Berdekatan Hospital Besut dan Little Caliph Jerteh.

Kalau dari Pos Laju Jerteh terus sampai ke Hospital Besut. Hospital Besut sebelah kiri, Little Caliph sebelah kiri. 

Kedai Kak Ti pon sebelah kiri. Deretan orang jual ayam, sayur then kedai Kak Ti. 

Kak Ti dan suaminya juga tokey ayam segar. Selepas kedai makan dorang ni, ada kedai ayam segar dorang. Sebab tu ayam dorang murah. Potongan dia kecil je tapi puas hati makan untuk portion sepinggan nasi kerabu tu. 


Ayam bakar original ok. Pakai arang. Bau arang aroma tu menusuk kalbu. Sebab tu bila hantar Rania bau ni memanggil-manggil suruh Ciksu singgah 😆


Sebelum ni menu kesukaan roti canai. Kak Ti tebar dan bakar sendiri. Suka makan sebab roti lembut dan garing. Disebabkan permintaan lebih tinggi dekat Nasi Kerabu Ayam Bakar, makanya kenalah cari pekerja baru untuk penebar roti canai.

Oh ya, style orang Pantai Timur makan roti canai tabur gula tau. So, jangan pelik kalau mai Pantai Timur korang tengok ada sebekas gula atas meja makan korang. 

Sebelum habis makan dapat mesej dari runner cakap ada kiriman barang dari seseorang. Terus cepat-cepat settle apa patut, gerak balik rumah. 

Nak tahu Ciksu dapat surprise apa.
Tunggu next entry okay.. 

See you soon.. 

BYE .. BYE.. 

0 Comments