Tudung kanak-kanak

PORTLUCK DENGAN JIRAN TETANGGA.

Makan-makan menu kampung dengan jiran. Masak sorang sikit, kumpul dan makan bersama.

Semoga silaturahim antara kita kekal selamanya.

Bertemu kerana Allah. Berpisah juga kerana Allah. 

Ciksu masak nasi je. Hahaha. Sebabnya ada kena siapkan tempahan apa erk. Pastu nak kena gi ambik Rania balik sekolah lepas tu. Rushing. 

Simpan sini sebagai kenang-kenangan. Esok-esok semua akan balik ke kampung atau negeri memasing. Pasti merindui antara satu sama lain. 

Fiihifzillah ❤


Nama saya CikSu. Selamat datang ke blog Rajuk Jiwa Menanti Permata. Dah sebelas tahun dah bersama blog kesayangan ni. Dari Johor tempat asalnya. Singgah Kuala Lumpur sebentar. Now, Ciksu di Terengganu. Hihi.

Banyak kenangan manis tercipta. 

Ok. Jomlah tengok menu apa ada. 


Manisan. Wajih ado. Nak kurus sila pejam mata ok. 


Ahli jemaah yang berkelapangan.

Lauk pauk yang ada. Ulam-ulaman tu menyelerakan ok. 

Pingganku. Jantung pisang rebus tu peberet sangat. Bagus kalau ibu mengandung makan. Boleh tambahkan susu badan.


Nadia. Suka karaoke. Sedap suaranya. 


Kesayangan semuanya. Jiran-jiran yang baik. Sentiasa ada bila diperlukan. 


Kami keluarga yang bahagia. Aamiin. 


Tema purple pilihan kami.


Otai. Kakak paling tua. Banyak ilmu, nasihat diberikan buat kami yang muda muda. Thank you kak Sela. Thank you kak Lela. Ciksu sayang keduanya. Ciksu suka kawan dengan kengkawan yang lebih berusia dari Ciksu. Kutip nasihat, petua apa perlu. Nak nak hal keluarga. Tips dari dorang sangat membantu. Otai masih berbisa. Githewww.. 

 
Semangat aih ciksu kita cedok kuah gulai. Diet tolak tepi ok. Hahahaha.


Apa yang penting happy happy saja. 


















0 Comments