Tudung kanak-kanak

Happy Anniversary To Me & My Husband

Hari ni genap 13 tahun kami bergelar suami isteri. 

Sekejap je rasa. 

Pejam celik dah 13 tahun. 

KENANGAN UNTUK HARI INI. 15/11/2020 DI BESUT, TERENGGANU 

Selepas Zohor pergi makan makan rumah kawan. Revathy.. ajak pergi jamuan di rumahnya sempena Deepvali. Tq Reva, jemput ciksu sekeluarga. Tapi ciksu pergi dengan Rania je sebab cik abe kijo. Hihi  😁

Peneman ummi sentiasa.

Tapi ikut mood dia. 

Suruh snap pic dia pakai baji cik sela bagi.Tq cik sela. Rania suka sangattt. Sementara baru, kemahen dia dok melaram 😂

Ada muruku.. sedap mmm.. Reva  buat sendiri.

Nasi dan lauk pauk air tangan suami Reva..

Oh ya, Rania dapat duit raya. Cik Siva bagi.

DINNER

HAPPY ANNIVERSARY TO US

  

Kebetulan cik abe kijo, so, malam ajelah sempat makan-makan. Lepas makan masuk kijo semula.

Petang tadi sempat lari ke Pekan Jerteh cari kek di Secret Recipe. Cadangnya nak makan di luar tapi PKPB. Kemalasan. Ditambah pulak cik abe kijo.

Kita hanya merancang.

Si indulgence jadi pilihan sebab kesukaan Rania. 

Kartun habuan Rania.


Kota berhellout ajelah. Hahaha. 

Seadanya. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Close up sikitlah 😂. 

Kenyang tak sangga dah makan gini pon. Rezeki. 

Planning awal ikutkan nak gi Cameron Highland. Tapi tulah.. tak ada rejeki.. 

Ada yang merindui kami ke? 

Hye. Hye hangpa 🤗

Kami masih bertiga. Setalam muka ciksu tadahkan 😂 

Bahagia cara kami dengan anak satu. Masih dengan Rania toang toang. Hihi

Doakan kami semoga sentiasa diberkati dan sentiasa di bawah lindunganNya aamiin..  

Tahun depan Rania masuk darjah satu. 

Alhamdulillah, 7 tahun sudah umur Rania pada tahun 2020 😍

Makanya genaplah juga penantian anak kedua selama 7 tahun. Bagi yang baru singgah blog Ciksu. Ciksu tunggu Rania pon 7 tahun tau 😁

Buat kengkawan yang masih BERTTC. Ciksu doakan seoga Allah permudahkan urusan kalian semua termasuk untuk diri ini juga. Hihi. Ayah Rania pon ada sebut. Kalau Allah izinkan sorang lagi pon tak pa dah. Buat teman main Rania. Sian Rania.. 

Apa pon jomlah kita tingkatkan usaha.

Usaha Tangga Kejayaan. Selebihnya berdoa, banyakkan sedekah, perbaiki apa yang patut.. 

Bulan Novermber ramai kengkawang blogger sambut anniversary. Antara yang ciksu ingat Kak Hainom Okje, Kak Afizah, Azie, MataTajam dan ada lagilah beberapa orang. Keterlupaan. Hihi

Happy Anniversary buat semua kengkawan blogger yang satu masa dulu aktif berblog dan blogwalking. 

Ciksu doakan semoga kalian sihat dan sentiasa dalam lindunganNya.

Aamiin. 

0 Comments