Tudung kanak-kanak

ZIKIR HARI KHAMIS




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Engkau Maha Pengasih Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau mengasihi semua makhluk ciptaanMu Ya Khaliq. Kau tidak pernah berkira dalam memberikan limpah kurniaMu kepada semua makhlukMu yang meminta kepadaMu.

Walaupon manusia sering tidak mengucapkan syukur kepadaMu, walaupon manusia sering membalas kasih-sayangMu dengan dosa dan maksiat, Kau terus beri dan memberi.

Terima kasih Allah. Ampunilah kami, terimalah taubat kami, rahmatilah kami Tuhan Pemilik sekalian alam, Ya Malik Ya Maalikul Mulk sesungguhnya seluruh alam dan isinya milikMu dan seluruh kerajaan langit, bumi, alam ghaib, alam akhirat adalah MilikMu..

Ya Allah Ya Rahim kasihMu kepada kami hingga ke syurgaMu yang abadi. Kami yakin dengan kasih sayangMu, kurniakan kami syurgaMu Ya Fattah Ya Razzaq Ya Karim.
😭

Stay at home.. 
Stay Positif with SOBELLA..

Lots of Love,
Ciksu ♥ Rania 
👭

0 Comments