Tudung kanak-kanak

TEMPAHAN NASI PUTIH, AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DAN SAYUR KACANG BUNCIS

JUMAAT 29 / 4 / 2020
Hari pertama Ramadan..

√ 100 pack rezeki dikongsi bersama frontliners..

MENU: 
-Nasi Putih
-Ayam Masak Lemak Cili Padi
-Sayur Kacang Buncis + Carrot


Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..


Alhamdulillah..



Start ambik barang basah petang khamis sampailah ke garisan penamat kerjakan deme.. seharian 😂 macam nak patah pinggang oii.. hahaha..
beza masak bihun 200 pack dengan nasi 100 pack.. 

Masak cepat je.. lambat tang pembungkusan tu.. tapi alhamdulillah, berjaya siapkan mengikut masa ditetapkan.. 515pm dah berjaya pass kepada pemberi sumbangan sebelum di edarkan ke kawasan² roadblock terpilih.. 

Terima Kasih daun keladi.. 
Lain kali boleh lagi.
Hahahaha..

Bercampur baur siapkan menu ni..
nak nangis pon ada.. nak suka pon ado..  kikiki.. lama betul tak masak bebanyak gini.. 
siap whatsapp tanya kakak sepupu yang buat katering tanya.. ekekeke.. 

Simpan kenangan di sini.. 
kenangan tahun 2020..
rezeki di tahun 2020.. 

Last year banyak buat untuk Masjid dan Hospital Besut tapi tahun ni kena perintah kawalan pergerakan, so, terhad. Kita rebut peluang yang ada..


Tahniah buat semuanya.. Semoga Allah permudahkan urusan penyedia menu, pemberi dan penerima sumbangan hendakNya.. aamiin.. 

Semoga team barisan hadapan kita akan terus kuat menghadapi saat sukar ini...

Kami dibarisan belakang sentiasa ada memberi semangat dan patuh perintah kawalan pergerakan. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.. aamiin. 

Sumbangan dibahagi2 kepada
team roadblock di beberapa lokasi sekitar Besut dan Jerteh. 




Syukur. Alhamdulillah. 
Thank You Allah.

Di sebalik tabir 😂


baki kuah.. ngam ngam soi saja..


By CikSu Sweet 🌹

0 Comments