Tudung kanak-kanak

DOA MEMOHON TAUBAT

Hidup di DUNIA adalah SEMENTARA tetapi di AKHIRAT adalah KEKAL. Maka, berbuatlah KEBAIKAN agar KEHIDUPAN akan datang LEBIH SELESA.

Assalamualaikum semua 🤗


Macam mana hari ni!
hope semuanya sihat hendakNya ye..

Hari ni dah start PKP FASA 3..
lagi 9 hari Ramadan bakal menjelang..
terasa sayu mengenangkannya.. tak boleh balik kampung buka puasa dengan mak ayah dan adik beradik.. rindu.. last jumpa bulan 12 hari tu.. ummi dengan Rania balik kampung sebulan masa cuti sekolah.. sampailah sekarang, belum lagi balik kampung.. hanya Allhah Maha Mengetahui tahap kerinduan ini.. semoga mak ayah dan adik adik sentiasa di bawah lindunganNya aamiin..

Bb hari raya memang tak pikir pon.. sebabnya 17/5 nanti Rania dapat tarikh baru untuk next level.. so, memang dah standby mental untuk itu.. tarikh tu lagi seminggu nak raya.. alang-alang memang tak balik kampung.. cumanya ingat time pertengahan puasa akan balik Kedah. Awal puasa balik Perak. Tapi nampaknya tak dapatlah balik puasa dengan situasi sekarang.

So, okay.
ai is redha..
semua ni ketentuan Allah..
apa daya kita nak menidakkanNya..
laluinya dengan sabar dan tenang.
teruskan berdoa, memohan ampun dan bertaubatlah..

Kerana kita hanya hambaNya yang banyak buat dosa dan salah.. Kita lalai.. kita hanyut dengan duniawi.

DOA MEMOHON TAUBAT

Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Pengampun.. Ampunkan dosa dosa kami Ya Allah.. Rahmatilah kami.. Terimalah taubat kami.. Kami memohon ampun kepadaMu yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan kami bertaubat padaMu.

Allahumma Ya 'Afuww Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafkan dan ampunkan segala kesalahan kami, bersihkan catitan keburukan kami dalam buku kiri kami..

Ya Hayyu Ya Qayyum Kau sentiasa melihat diri kami luar dan dalam dan setiap saat Kau Ya Muhsi menghitung kebaikan dan keburukan kami. Kami bertaubat kepadaMu Ya Tawwab atas segala kesilapan kami..

Ya Ghaffar Ya Ghofur jadikan kami hambaMu yang sentiasa memohon ampun dariMu. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun walau kami datang membawa dosa seberar bumi, besar lagi pengampunanMu Ya Ghaffar Ya Ghofur Ya Kabir..

Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala pujian bagiMu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat padaMu..

😭😭

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)