Tudung kanak-kanak

TERIMA KASIH TUDM GONG KEDAK, BESUT, TERENGGANU

Masyaallah. Tabarakallah. Alhamdulillah.

Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

TUDM Gong Kedak..
Bersedia membantu..
Semoga Allah membalasnya..

Tertengok berita.. kebetulan hp ada di tangan.. makanya tertangkap gambar.. simpan di sini sebagai kenangan.. banjir di tempat Ciksu..

Jerteh Banjir 2019..

😀

Buletin Utama..
2 Disember 2019..




Ini gambar ehsan dari adik JPAM yang ada dalam group Empower.. adik hafiz ni bertugas di JPAM JERTEH. Sorang lagi kak Ieda..

So, this year ciksu banyak dapat maklumat pasai banjir cuma tak dan nak update di sini.. kesibukkan katanya..


Di muka buku..

Sedia berkhidmat untuk rakyat dan negara bila tiba masanya..

Di doakan semoga anggota tentera kita sentiasa di bawah lindunganNya, dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan mereka dipermudahkan.. aamiin..













SAYU, SEDIH, KESIAN HANYA  MAMPU BERDOA DARI JAUH.. 

Ciksu yang duduk dalam Group Kursus Empower pon sayu je baca setiap kali kengkawan maklumkan rumah dan kawasan mereka mula dinaiki air.. mampu berdoa je buat mereka.. semoga urusan mereka di permudahkan hendakNya..

Tengok kawan share di fb.. banjir di Kg. Chucuh Putri A.. kesian.. banjir selut dan pasir melanda kampung mereka.. kesan pembalakan di kawasan atas bukit.. ekosistem dah musnah.. itulah kesannya.. Allah turunkan hujan maka kita tahu punca dan apa yang sedang berlaku di kawasan atas itu.. kalau tidak orang luar tak tahu pon apa projek sedang berlaku..

Ciksu pencinta subjek GEOGRAFI. SPM dapat A1 GEOGRAFI.. BAHASA MELAYU dapat A2..

Dedulu pernah bercita-cita nak sambung pengajian dalam bidang GEOGRAFI tapi cikgu sejarah tak galakkan..

Ciksu sendiri tak ada pengalaman dilanda banjir.. rumah di kampung berada di kawasan tinggi.. alhamdulillah..
Semoga mangsa banjir bersabar dan tabah lalui dugaan ini..
hanya yang melaluinya sahaja tahu pahit getir sepanjang banjir melanda rumah dan kawasan mereka..

TAPI..

Rumah tok dan arwah wan di Gunung Keriang, sokmo kena banjir dedulu.. Rumah arwah wan pon dah jadi kenangan dah.. belakang rumah arwah wan ada sungai.. kecik je.. tapi air kaler coklat.. hihi.. kalau hujan lebat memang melimpah lah..

Ingat zaman kecik-kecik kalau balik umah arwan.. best.. jalan kaki je gi kedai.. naik jambatan kayu tu.. tapi tu lah zaman tu tak ada kamera hp ni.. hanya boleh ingat je lah kenangan tu.. tak ada gambar kenangan..

Rindu..

Al-Fatihah buat arwah wan sebelah ayah.. Hashim Bin Ahmad.. arwah adik Mohd Fikri Bin Ahmad.. arwah tok dan wan sebelah mak Rokiah binti Ali dan Musa.. tak lupa juga buat arwah pak² sedara..


2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)