Tudung kanak-kanak

RAIKAN KEMENANGAN GROUP FRIENDSTAR DI TEMPAT KEDUA

Allah yang tetapkan semua ni..
Allah dah tentukan segalanya.
Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Ada 3 perkara yang kita tidak pernah tahu

♥ JODOH KITA
♥ REZEKI KITA
♥ AJAL KITA

Allah dah tetapkan yang terbaik kerana Dia lebih mengetahui segala²nya.

Assalamualaikum. Salam Jumaat.
~♥~

Aktiviti hari khamis 28/11/2019

Seawal jam 9.30 pagi dah keluar rumah..
memula pergi ambik nasi lemak yang diorder then ke rumah kakak otai.. lepak situ.. asalnya nak ke Lempeng Nyior, Kampung Raja.. memandangkan cuaca hujan, so, ubah tempat.. kakak otai ada baby.. sian baby nanti sejuk.. di tambah pulak ceq kena bawa mek Rania sekali.. agak tak sesuai nak ke kedai tu..

Makanya kami berkumpul di sini..


Raikan kemenangan group sketsa..
menang tempat kedua malam LADIES NIGHT yang lepas..

Menu potluck..


Sesambil buka hamper dan bahagi² hadiah.. dapat scrub badan sponser dari ASIANIC HALAL.

Selamat jalan juga buat mama ju yang akan balik ke kampung halaman..

Didoakan kalian semua sentiasa di bawah lindunganNya aamiin..

Mama Ju, Ibu Ani, Ummi Marina, Ciksu, Cikna, Mama Lela..







Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.. gerak ke rumah Lyn pulak.. melawat Lyn yang sakit kaki. Semoga Lyn cepat sembuh dan kaki cepat baik boleh buat kerja rumah macam biasa. Lyn ni kenalan Cyndi kawan ciksu masa duduk Johor dulu. Tak sangka nak jumpa di sini pulak.Hihi.

Tapi

Cindy tak dapat contact.. no hp yang lama pon dah tak guna rasanya.. 



Kek Lapis Sarawak air tangan Lyn..
sememangnya orang Sarawak..
sedap keknya..

Actually, ciksu suka ambik bau kek lapis ni sebelum jamah. sedapnya lahai..

Thank you..

3 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)