Tudung kanak-kanak

PESERTA KURSUS EMPOWER ECER SELAMA 9 BULAN. TERIMA KASIH ALLAH..

Assalamualaikum.

Hai hai hangpa semua. Sihat?

Ciksu sihat. Alhamdulillah. Cuma sibuk dengan tugas harian sebagai SUPIR RANIAKU SAYANG 😂 Ciksu masih BERNIAGA ONLINE DAN OFFLINE. Nak cari apa-apa produk, boleh whatsapp ciksu deh. No hp ada di blog. Boleh search. Ok 👌

Baiklah. Ciksu buat apa sekarang ni?

Sekarang ni setiap hari jumaat memang sibuk hadirkan diri ke kelas di bawah tajaan EMPOWER ECER. EMPOWER ECER ni ialah LATIHAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN BESUT. Hanya yang terpilih sahaja berjaya ikuti kursus ni secara PERCUMA 🤗

Syukur. Terima kasih Allah. Terpilih join EMPOWER ECER ni. Rezeki sangat. Tak sangka. Sebab ramai yang memohon. Selepas tu kena panggil interview. Lepas tu baru dapat keputusan.

"Weii, hang ada dapat message atau call dari EMPOWER tak?"

My partner sokmo message tanya dapat tak, dapat tak. Hahaha. Ciksu kata relax. In shaa Allah, kalau ada rezeki kita, adalah.

Alhamdulillah. Syukur diri ini terpilih untuk KURSUS KATERING DAN BAKERY. Semoga impian CikSu dipermudahkan hendakNya. aamiin aamiin yarabbal alamin.

Sebelum ni CikSu banyak join KELAS PJJ. Kelas HANDS ON ada juga tapi tak banyak. Sebab kekangan masa. Untuk kursus dengan EMPOWER ECER ni kena hadirkan diri selama 9 bulan. Seminggu sekali. Kelas setiap hari JUMAAT. Bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari..

Rania memang kena duduk dengan ayah dialah. Sebab anak-anak tak boleh bawa ke kelas. Kalau ayah Rania kerja hari jumaat shift pagi. Memang sokmo kena ikut ayah gi officelah. Habis kelas ummi gi jemput. Itu pon bising mek Rania ni.

"kenapa ummi ambik adik. Adik nak duduk dengan ayah dekat office.."

Hahaha..

Ok.

Kelas dah start sejak awal Ogos yang lepas. So, dah 3 kali kelas berjaya di habiskan setakat ini. Minggu sebelum raya haji. Cuti. Alhamdulillah.

Minggu pertama: Makaroni Bakar
Minggu kedua: Aneka Tart
Minggu ketiga: Mille Crepe & Durian Crepe
Minggu keempat: Kek (basic) 

Ada yang rindu CikSu ke. Hihi.


CikSu bersama TENAGA PENGAJAR. CIKSU SU. Semoga diri ini bakal ikut jejak langkah Cikgu Su satu hari nanti. Aamiin.

Tahun ni tahun ke 3 di Jerteh, Besut, Terengganu. Pengalaman yang tak boleh di jual beli. Syukur. Terima kasih Allah atas peluang dan kesempatan yang diizinkan ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.

Aamiin..

CikSu, 
Smile Always Uols
Salam Magnet Rezeki☺


1 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin