Tudung kanak-kanak

RESEPI BUAH MELAKA YANG SEDAP DI MAKAN

Dessert untuk IFTAR HARI KE 7 RAMADHAN 1440H.

Pertama kali seumur hidup terai buat buah melaka kaler purple.. hahaha.. guna yam emulco..

Mek Rania punya idealah ni.. ummi ni asyik2 buat kaler green je.. buatlah kaler purple pulak.. adik suka kaler purple.. 

Iyelah.. baiklah.. baiklah 😂

Demi anak ummi turutkan. kah!

Selalunya buat sekampit tepung pulut tu.. dalam 500 gram tapi hari ni tak lalu nak uli tepung tu lelama.. so, kita cari resepi yang mudah.. terjumpa resepi di blog kak yatie memories.. guna 3 cawan tepung pulut je.. so, sangat membantu.. dapat pon ngam² je.. alhamdulillah.. pakat-pakat rasa sorang sikit.. 

Cubalah guna resepi ni. senang nak ikut.. comfirm jadi kalau korang yang baru pertama kali nak terai buat buah melaka.. 

Rasanya?
Alhamdulillah, sedap.. just follow the flow. Ok.. 

Buah melaka ni bagi aku special sebab aku just makan time bulan puasa je.. bulan-bulan lain, kalau ada jual pon, memang aku tak akan membeli.. sebab ntahlah.. tak terasa nak makan pon.. anak tekak aku hanya makan kuih² tradisional ni hanya di bulan Ramadhan.. special sikit.. 

Kenapa?
sebab waktu nilah aku teringat kenangan dedulu masa kecik².. waktu tu sekolah rendah.. dok buat kuih buah melaka ni dengan arwah tok dan mak.. so, aku dah belajar cara nak buat tu dah lama.. step step nak bagi cepat tu.. alhamdulillah, masih ingat.. cuma kadang part kelapa parut je.. kadang beli dapat yang tak menepati kehendak.. tak bebetul putih bersih.. still ada hitam². nampak tak cantiklah.. aku jarang guna kelapa kering.. kot nanti² bolehlah terai.. 

Nak resepi.. tengok di bawah deh.. aku copy paste direct dari sana je.. tak lalu nak tulis dalam bahasa sendiri.. 


Resepi: Kak Yatie Memories 


Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam
Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
  1. Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
  2. Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
  3. Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
  4. Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
  5. Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

3 Comments

  1. hehe betul2.. antara kuih2 famous time posa ja. tapi yang ni kalo time lain org beli ke org jual kite makan ja.. fevret !!

    ReplyDelete
  2. sedap nih sebelum puasa hari tu dah buat tapi bulan puasa ni tak buat lagi

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin