Agar-agar legend..
kesukaan aku..
Rania suka juga tapi dia cukup tak suka kalau ummi letak biji-biji hitam tu.. biji selasih lah 😂
Time nak makan, sanggup dia gi ambik pisau kek, potong dan tolak ke tepi bahagian biji selasih.. pastu dok soal jawab ummi macam pak polisi. kah!
lagi satu kalau minum ABC Rania dah pesan sesiap.. jangan letak yang hitam-hitam panjang tu. adik tak suka tau.. macam ulat dikatanya. 😂
Tau tak apa yang dimaksudkan Rania tu?
Cincau atau lengkonglah. hihi..
Ok. berbalik pada resepi agar-agar legend ni.. rasanya sangatlah sedap di kala makan waktu sejuk-sejuk selepas keluar dari esbok. nikmat sangat. nak-nak sekarang musim panas, kan! laju je cedok masuk mulut.
Kalau teringin nak buat, bolehlah cuba guna resepi ni ye..
Ini menu dessert untuk IFTAR DAY 10.. Ramadhan 1440h..
AGAR-AGAR SIRAP SELASIH PENYEJUK TEKAK
Bahan-bahannya:
Biji selasih secukupnya.. cuci beraih dan rendam dalam air biasa selama 2 jam
1 paket agar-agar tali (20gm)
2.1 liter air
1 1/2 cawan gula
1 1/2 penutup botol sirap rose
2 helai daun pandan
Cara memasaknya:
Masak air dalam periuk hingga mendidih.
Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
Masukkan gula, sirap rose dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai.
Sudukan sesudu biji selasih ke dalam acuan/ bekas/ loyang.
Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk.
20 gram agar-agar dapat sebanyak ni.. ada lagi dalam acuan lompang.. itu dah selamat masuk esbok. tak muat meja kopi tu nak tunjuk ke hangpa..
Yang dalam bekas tu, lepas sejuk, pusingkan dan potong.. banyak dapat bila hiris.. dalam 8 potong gituu.. hiris guna pisau agar-agar tu.. mudah untuk orang makan.. hihi.. tak mo hiris pon ok je..
Manisnya just nice.. manis-manis buah je
SELAMAT MENCUBA..
#daridapurciksu
#agaragarsirapselasih
2 Comments
agar2 merah ni nampak simple tapi nikmat dia di bulan posaaa ni ya Allah..!! tapi kite pun kureng biji selasih. cuma kalo ade tu makan jele..
ReplyDeletesedap agar2 sirap tapi akak tak pernah letak selasih tu
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)