Tudung kanak-kanak

Perginya Pewira Negara. Mohamad Adib dalam kenangan..

Hampir 20 hari bertarung nyawa, akhirnya Mohamad Adib menghembuskan nafas yang terakhir semalam pada jam 9:41 malam.

Sesungguhnya amat berat untuk diterima tapi percayalah Allah lebih menyayangi Mohamad Adib. Seluruh rakyat Malaysia pasti menangisi pemergian Mohamad Adib. Perginya seorang perwira negara. Apa yang terjadi pada Mohamad Adib pada malam kejadian, masih tidak boleh diterima netizen. Sangat-sangat menyakitkan hati dan perasaan netizen yang melihat video di tempat kejadian 😭

Saya yang tengok video tu pon boleh menangis. Inikan pulak keluarga beliau. Bayangkan itu adik atau abang kita. Terasa sampai ke ulu hati. Sedih, pedih dan sakit hati bila dipikirkan apa yang berlaku pada Mohamad Adib pada malam kejadian. Apa yang dorang buat pada Mohamad Adib sehingga begitu jadinya.. 😭

Sedih kerana seseorang yang bertugas untuk negara dan bangsanya diperlakukan sedemikian rupa tanpa ada belas ehsan. Harta benda negara di rosakkan sesuka hati. 

Entahlah rasa tak terluah nak cakap. Apa pon saya doakan semoga Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah swt. 

Percayalah, setiap apa yang terjadi semuanya dengan izin Allah. Mohamad Adib hamba Allah yang terpilih. Keluarga Mohamad Adib terpilih untuk menerima ujian ini. Semoga keluarga Mohamad Adib dipermudahkan urusan. aamiin.. 

Salam takziah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
 Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, dan tempatkannya di kalangan org² yg beriman..

AlFatihah    ....   
. بِسْمِ  ٱللَّه ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


3 Comments

  1. Sesungguhnya syurga buatnya.
    Tak.boleh bayangkan. Kalau dia adalah salah seorang fmly sendiri.

    ReplyDelete
  2. Insha Allah... arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal solah

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)