Tudung kanak-kanak

PASAR KEMBOJA PENDANG, KEDAH

Sejak bila ada Pasar Kemboja ni tak tahulah. Tapi dedulu selalu dengaq pasai pasar kemboja ni nun jauh di Parit Buntaq. Memang tak pernah pergi pon. Jauh kot 🙊

Seingat aku, Pasar Kemboja di Pendang dah lama jugak lah. Sejak bila dok ingat. Kikiki. 

Kalau kebetulan balik kampung, bolehlah singgah cuci cuci mata, sesambil cuci poket. ahahaha. Selalunya pi cari benda makan je.Tak pon bihun sup. Kain baju tengok jugalah hat mana berkenan. Setakat ni dok beli baju dekat Rania dengan kain telekung. 

Ok, nak bagi tips. Kalau hampa nak mai Pasar Kemboja Pendang, boleh mai setiap hari JUMAAT. Mai awai-awai mudah. Parking pon senang dapat. Puaih meronda, bolehlah isi perut di mana-mana gerai berdekatan. Menu macam-macam ada. Pepandailah pilih untuk anak tekak memasing ye 😂

Selalunya awai pagi dah ada dah haa.. Peniaga-peniaga ni mai awaiii ooo. Sebelum solat jumaat, dah mula kurang dah.. 

Harga pon murah-murah je. Boleh runding lagi haa.. 

Langit yang cantik. Hari yang cerah. Mai awai tak sesak. Parking pon mudah dapat. Mai lambat jenuh cari parking uiii


Lenggang lagi masa ni. Hihi. Kebetulan sampai sini pukul 8.30pagi. Kemahen jalan pusing nengok kawasan. Tenang jap. 




Suka nau suasana tenang gini. Santai-santai ja berjalan. Nak memilih pon senang. Try-try je 😉 Azam tahun baru tak mo membeli kain baju banyak sangat. Pakao hat mana ada jah. Nak fokus untuk azam lagi satu. Semoga dipermudahkan semuanya. aamiin 


Selesai memilih, mohler balik. Semestinya kuih muih, nasi lemak, buah-buahan yang jadi pilihan. Pastu beli anak patung little poney sekoq. Habuan upah untuk Raniaku sayang. Kena tinggai sesaja minggu ni. Hihi. 

Kereta pon dah mula banyak. Parking pon dah penuh. Masa awai tadi banyak lagi kosong. Bayangkan dalam pukul 9.30 pagi dah penuh..


4 Comments

  1. pasar kemboja ni kat mana2 negeri pun dah ada.

    ReplyDelete
  2. syoknya...kalau akak pun lebih kepada mencari makananlah, nak pulak kalau ada kuih2 yang jarang jumpa dah sekarang ni

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)