Tudung kanak-kanak

TIPS BACA SURAH AL-KAHFI HARI JUMAAT

Kita selalu nak baca Al-Kahfi pada hari Jumaat, tapi sebab sibuk selalu tak sempatkan. 



Boleh cuba tips ini. Hari Jumaat bermula pada hari Khamis selepas mahgrib (ikut kalendar Islam). 

Jadi, Surah Al Kahfi boleh dibaca bermula SELEPAS SOLAT MAGHRIB HARI KHAMIS dan tamat SEBELUM SOLAT MAGHBRIB HARI JUMAAT.

SURAH ALKAHFI, 110 ayat (4 Kisah)
Surah AL-Kahfi ni terbahagi kepada 4 kisah yang berlainan. Jadi kalau kita baca ikut kisah mungkin lebih semangat nak habiskan kisah tersebut, dan selepas baca surah tu bolehlah baca terjemahannya pulak. Faham cerita lebih seronokkan.☺️

Ayat 1-31
( KISAH ASHABUL KAHFI)πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€
Ayat ini mengisahkan tentang pemuda Ashabul Kahfi yang ditidurkan didalam gua selama 309 tahun. Boleh start baca selepas solat Maghrib pada hari Khamis.

Ayat 32-59
( KISAH 2 PEMILIK KEBUN )πŸ‘¨‍πŸŒΎπŸ‘¨‍πŸŒΎπŸŒ³πŸ‚
Ayat ini mengisahkan tentang 2 pemilik kebun yang masing-masing diuji dengan nikmat keimanan dan harta. Seorang pemilik kebun yang miskin tetapi beriman, dan seorang lagi pemilik kebun yang kaya tetapi kufur. Boleh baca ayat ini  selepas solat Isyak hari Khamis.

Ayat 60-83
( NABI MUSA & NABI KHIDIR )πŸ‘€πŸ‘€
Kisah ini mengajar sikap sabar dalam menuntut ilmu dan meyakini setiap yang berlaku ada hikmahnya. Boleh mula baca ayat ini selepas solat Subuh pagi Jumaat.

Ayat 84-110
( ZULKARNAIN & YAKJUJ DAN MAKJUJ )🀴🀺🀺
Kisah pembinaan tembok untuk Yakjuj dan Makjuj. Ayat ini boleh dihabiskan selepas solat Zohor hari Jumaat.

"Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum'at, dia akan disinari cahaya antara dia dan ka'bah." 
(HR. Ad Darimi)

"Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum'at, dia akan disinari cahaya diantara dua Jum'at"
(HR. An Nasa'i dan Baihaqi).

πŸƒπŸƒπŸƒ

Sumber: SINI 

2 Comments

  1. aida save jugak tips al-kahfi ni dlm phone.
    ada member share kat wasap grup.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. kena amalkan ni setiap jumaat, ye lah kita dah diakhir2 zaman ni kan, moga kita terhindar dari fitnah dunia & fitnah dajjal

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)