Tudung kanak-kanak

SYUKURI NIKMAT MAKAN DAN HARGAI APA YANG KITA ADA UNTUK MAKAN.. YEE MEE GORENG SIMPLE TAPI SEDAP

PERINGATAN BERSAMA

Pesanan ciksu, if kita makan atau tengok menu yang orang masakkan janganlah sesekali kecam.. nak komen, komen jurr lah. tak nak komen jangan dok buat hal di komen box orang k.

Letih ciksu tengok pemikiran netizen kita dari sehari ke sehari. ada jurr yang tak kena di mata memasing.. dia masak cara dia.. so, kita tengok dan amati serta hormati.. ada setengah orang suka makan manis, ada suka masin, ada suka masam.. terpulang pada selera anak tekak memasing..

Lagi satu suka bandingkan harga setiap apa yang orang jual.. terutamanya makananlah.. sedia maklum, harga bahan mentah setiap satu kedai, satu negeri, satu daerah tu tak sama.. harga ditentukan oleh peniaga itu sendiri.. so, bila peniaga kek atau kuih muih atau menu makanan lain pon, begitulah juga.. lain negeri lain harganya.. kadang bila peniaga beli harga borong dorang dapat harga yang jauh lebih murah, so, tak salah jika deme bagi harga murah juge untuk customer deme..

Style ciksu,

Kalau ke kedai makan, if tak sedap or tak kena dengan selera anak tekak ciksu, ciksu habiskan jurr.. sedap ke tak sedap tetap kena bayar.. melainkan dalam makanan kita tu ada benda asing, rentung atau yang berpatutan untuk komplain, patutlah kita bertindak.. boleh komplain dekat pekerja atau owner kedai tu.. rasa-rasanya jarang sangat kot owner kedai nak tunggu di kedainya dalam satu-satu masa, kan!!

Kalau bab rasa ni, style ciksu senang jurr tak ada nak komplain ke apa.. if suka datang lagi dan lagi..

Setakat ni dok gi makan kat kedai di sini, adalah yang tidak menepati kehendak dan selera anak tekak ni.. contohnya pernah gi makan kat kedai makan ni.. menunya hanya ikan bakar sahaja.. tak ada menu berkuah atau lauk lain.. menu bakar memang best dan ikannya fresh cuma tak banyak pilihan.. kawan rekemen, ciksu pon ajaklah cikabe gi cuba.. semuanya ok dari segi rasa cuma itu je lah kelemahannya.. if bawa anak-anak kesianlah deme.. nasi jadi kering.. so, penyudahnya sekali je ciksu pergi dan cuba.. cukup..

Berbanding kengkawan di sini, deme suka.. katanya selera deme.. kan dah kata selera memasing..

Kalau makan kat rumah orang if sedap, bertambah-tambahlah ciksu makan.. if tak kena selera, cukup sekadar merasa.. tapi jarang gi umah orang makan tak bertambah, kan!!๐Ÿ™Š

Syukuri nikmat makan dan hargai apa yang ada depan mata.. Nabi sendiri pon tak pernah hina makanan.. peringatan buat diri ini juga yang alpa kekadang tu.. sama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik.. aamiin ๐Ÿ˜˜


pic sumber google 

RESEPI YEE MEE GORENG SIMPLE

Ciksu suka makan menu berasaskan mee ke bihun ke spaghetti ke.. asal mana ada dalam stok di dapur ciksu, time lapar terus je on ๐Ÿ™Š

Kiranya barang dapur yang wajib di top up setiap bulan.. selain menu nasi..

Selera Rania setakat ni alhamdulillah.. sentiasa ada permintaannya.. ummi just tanya Rania nak makan apa dan ummi cuba siapkan seperti yang Rania inginkan.. menu sayur dan buah ciksu sokmo cakap ke Rania nak kulit cantik macam ummi, Rania kena makan buah dan sayur bebanyak.. nanti barulah kulit Rania tak ada biji-biji tau ๐Ÿ˜…

So, tips ciksu buat ibu-ibu, pastikan korang ikut atau cuba buat 4 day rule tu.. mula bagi solid food pada anak di usia 6 bulan.. nak resepi atau menu untuk baby bolek klik link yang disediakan di bawah..

Ciksu tak pandai tapi bolehlah sekadar berkongsi ilmu dan apa yang ciksu tahu serba sedikit hasil pembacaan di blog dan buku-buku di pasaran..

Menu simple nak kongsi hari ni..
Yee Mee Goreng jurrr ๐Ÿ™Š

memula panaskan air..
celur yee mee.. toskan..
tumis bawang putih.
masukkan isi ayam..
masukkan sayur (ciksu guna celery, kubis dan tomato ceri)..
tabur garam sesedap rasa dan serbuk lada hitam sedikit..
masukkan yee mee..
kacau bagi sekata..
siap..


Jemput makan ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
yee mee ciksu tak kick sebab tak pedas. hihihi..
ini ciksu makan dengan lada putih ni..
bukan bedak tau ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ingat lagi ciksu masa memula sampai sini..
pelik jurr tengok orang letak botol ni atas meja di kedai makan..
dalam hati dok kata..
"ape hei deme letak botol bedak atas meja.."

hahahdoiii lah..
rupenya itu botol lada sulah lah.. ๐Ÿ™ˆ

Korang masak apa menu tengah hari ni.. sharelah.. kot kot ciksu boleh dapat idea juga..

4 Comments

  1. Botol isi bedak untuk sedapkan makanan rupanya ye...hehehehe..
    Betul la....sedap dan kena dengan selera kita...datang lagi makan...tak ok,sekali je dan cari tempat lain pula...

    ReplyDelete
  2. Akak setuju sangat dengan ciksu, nak2 jika bertandang ke rumah orang, jagalah aib tuan rumah, orang hidang makanan tu, bersyukurlah, jika nak ikut selera masing2, MASAK sendiri.

    Ini tak komplin itu, komplin ini.. ishhhhh..

    ReplyDelete
  3. Pagi ni akak masak nasi ayam dan goreng buah cempedak..

    ReplyDelete
  4. sedapnye yee mee....tgk gambar rietta pun tertanya apa benda prob botol kuning tu, upenye lada sulah...

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin