Nikmatnya tak terkata kalau dapat gigit BADAM tu. ALLAH sedapnya.
Ranggup dan rasa lemak-lemak badam tu buatkan tak senang duduk dibuatnya. Rasa nak mengunyah aje kalau ada BADAM depan mata ni.
Kalau boleh setiap kali raya, semua jenis biskut raya ciksu mesti ada tema BADAM. Hahaha, nampak. Suka tahap teruja yak mat Ciksu kalau dapat makan BADAM, kan!!
Tak tau lah sebab apa Ciksu suka sangat makan BADAM ni. Cuma yang Ciksu tahu, badam merupakan makanan sunnah Rasulullah SAW. Jadi, memang eloklah kita amalkan apa yang Rasulullah makan. Betul tak??
Selain itu, badam tersangatlah bagus untuk otak. Ciksu ada terbaca, ibu-ibu di India sangat menggalakkan dan mengamalkan pemakanan badam kepada anak-anak dorang yang masih belajar. Untungkan anak-anak dorang, ibu dorang tahu mengenai kebaikan badam sedari awal dan mula praktikkan dalam kehidupan seharian. Daripada terus menerus bagi anak makan jajan, ada baiknya kita ajar anak-anak kita kunyah je badam tu. Sah-sah berkhasiat, kan!!
Bukannya anak-anak je boleh makan badam ni, orang dewasa pon bagus amalkan badam ni. Pengambilan badam mengurangkan risiko keradangan yang boleh menyebabkan gangguan otak seperti penyakit Alzheimer atau nyanyuk.
Nampak!!! KEBAIKAN BADAM ni. Sangat bagus..
PERNAH DENGAR SUSU BADAM??
Susu badam terhasil daripada kacang badam itu sendiri. Kacang badam adalah bahan utama dalam penghasilan susu badam.
Sedia maklum Ciksu memang amalkan minum SUSU BADAM sejak mengandungkan Raniaku sayang. Susu badam sangat bagus untuk ibu hamil. Semenjak Rania putus kasih dengan susu badan, Ciksu ajar Rania minum SUSU BADAM.
Alhamdulillah, Rania sukakannya.
SUSU BADAM sangat bagus. Jadi, tersangatlah rugi sekiranya kita tidak ambik tahu dan mengamalkannya.
Badam merupakan makanan sunnah, jadi, memang patut kita sebagai ibu-ibu amalkan pemberian SUSU BADAM kepada anak-anak kita.
Alhamdulillah!! Yeay! Yeay!
Sekarang, sangat praktikal untuk ciksu beri SUSU BADAM pada Rania walaupon travel.
Syukur.. mudah di bawa dan tak mudah rosak..
Ciksu bawa susu badam jenjalan ke Pulau Perhentian.. jalan-jalan juga.. susu untuk anak jangan dilupakan.. susu badamlah yang ciksu bekalkan untuk Raniaku sayang 😋
Sangat sedap. Iye, memang sedap dan lazat diminum. Rania sukakannya.. Minum susu badam dapat memberi tenaga sepanjang hari.
Ada susu badam asli. Semestinya daripada kacang badam yang sebenar manakala susu badam kurma pula dicampur dengan ekstrak kurma serta susu badam coklat merupakan tambahan premium serbuk koko. Rasanya memang sedap.
Semestinya SUSU BADAM DALUCIA..
Cubalah dulu, baru tahu 💪
Harga? Jangan risau harga SUSU BADAM DALUCIA tersangatlah berpatutan. Korang wajib beli dan rasainya sendiri.
Ciksu sekeluarga suka minum SUSU BADAM, jadi, ketiga-tiga jenis susu badam Dalucia ciksu dah cuba. Sememangnya lazat dan sedap diminum.
Korang apa lagi, jom la cuba SUSU BADAM DALUCIA sekarang!
Korang boleh layari website DALUCIA untuk ketahui dealer berdekatan:
1 Comments
Baru tau ada jenama ni, harus cuba.. 😄
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)