Tudung kanak-kanak

Resepi Spaghetti Carbonara.. Sos Carbonara Homemade

SPAGHETTI CARBONARA SEDAP!


semalam rania ada sebut.. ummi, dah lama kan kita tak makan spaghetti. ok. esok ummi buatkan. makanya pagi ni kenalah buat. dah janji, kan!! rania ni sejenis yang berpegang pada janji. kadang ummi buat-buat lupa, saje jurr nak tengok rania. kang adalah dengar suara halus dok potpet. itu tandanya rania sentiasa ingat apa yang ummi katakan. so, ummi kena take noted dan kotakan apa yang dikata. jangan hanya pandai berjanji jeee tau. peringatan bersama juga.. 

Spaghetti/ Spiral/ Makaroni Carbonara salah satu menu peberet rania. maybe sebab ada rasa susu dan lemak-lemak cheese tu kot yang buatkan rania suka. syaratnya jangan buat selalu. hihi. bukan apa nanti cepat jemu. sebulan sekali oklah.

#spagehtticarbonara
#resepihomemade
#daridapurciksu

Bismillahirrahmanirrahim....

Rebus spaghetti dan pasta. didihkan sampai  lembut. bila dah lembut tos kan.

✅Mula-mula goreng ISI AYAM yang diperap dengan GARAM + LADA PUTIH
✅Kendian masukkan BAWANG PUTIH
✅Tambah MIX HERBS dan LADA HITAM sesedap rasa
✅Kendian tuangkan UHT CREAM and SUSU FULL CREAM DUTCH LADY dalam periuk
✅Kacau², nak rasa pekat boleh tambah lagi susu segar tu. Sebab masa panas je carbonara ni nampak cair tapi bila dah suam or sejuk, kuah tu jadi pekat melekat! So, terpulanglah. Pepandai sendiri agak
✅Masuk potongan CELERY + TOMATO
✅Pastu boleh carik² cheese tu masuk ke dalam periuk. Kacau sampai CHEEDAR CHEESE SLICE cair dan sebati.
✅Rasa. Tak cukup masin, tambahlah garam sikit, sikit je ye sebab cheese tu dah masin.. 
✅Kalau kuah terlebih cair boleh tambah tepung jagung sikit untuk bagi pekat. boleh letak cendawan juga. ikut apa ada di dapur hampalah ye 👌

Kacau lagi dannnnn siap!

Ciksu guna spaghetti ANGEL HAIR.. Untuk rania try pasta baru. bentuk bola, basikal, piala, lain-lain entah apa bentuknya ntah.. tak reti nak perembang tengok 😂😂


Sos Carbonara Homemade
rajina buat jurr sendiri.. 
tak berapa rajin beli yang prego pon sedap juga..




Ummi punya comfirmlah kena ada cili padi, kan!! barulah kick.. lemak-lemak berkrim gigit cili merah.. uummppphh sedapnya.. terbaik 👍👍👍


Alhamdulillah. kenyang dah 😋

Senang kan. Buatlah ye 😉

2 Comments

  1. dap nyer.
    sos buat sendiri ekk.
    aida biasa guna prego tu jer hi hi hi hi...
    memang standby 2-3 tin kat umah ni, ciksu.
    kerap buat.

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin