Tudung kanak-kanak

KELEBIHAN BERSAHUR

Assalamualaikum.. 
Selamat pagi.. 
Salam 4 Ramadhan, 1439H

Korang bangun sahur tak? 
alhamdulillah, selama 4 hari ni berpuasa, kami membangunkan diri kami untuk bersahur.. 
memang berat mata.. nak bangun pon pat lima kali kunci alarm.. hahahahadoiii.. 

kunci jam dari jam 4 pagi.. sudahnya jam 5 pagi baru terkedek-kedek bangun.. kalau bangun jam 5 pagi memang jamah kurma, air putih jelah.. kalau bangun awal, memang makan nasi atau apa yang boleh dimakan. kikikiki.. 

apa pon tahniah pada diri sendiri sebab berjaya juga bangun untuk bersahur.. nak bangun tu tak masalah.. masalah mai bila bab nak makan tu.. punyalah pemalas nak menyuap makanan.. hahahaha.. kalau boleh nak tenung je nasi tu.. memang tak lalu uuuiiii.. masa pregnantkan rania tahun 2014, memang gagahkan diri makan nasi, minum secukupnya.. bekalan sepanjang hari.. alhamdulillah.. baik-baik aja.. kurma dengan ephyra tak pernah miss kot masa tu.. air masak.. 

Sebenarnya tak rugi pon bangun bersahur.. malah banyak kelebihannya untuk diri kita.. renung-renungkan kembali kelebihan bersahur dan manfaatnya.. in shaa Allah.. semoga ibadah sahur kita mendapat keberkatanNya aamiin 

Meh baca, KELEBIHAN BERSAHUR
ciksu kongsikan dengan korang di sini.. 

Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. 

Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.


3 Comments

  1. Setakat 4hari ni alhamdulillah.masih lg bersahur..

    ReplyDelete
  2. Al-hamdulillah.saya setakat ni mesti bangun untuk bersahur.termasuk anak darjah satu tu.sebab dia pun tengah belajar berpuasa.harap boleh bertahan sampai akhir.

    ReplyDelete
  3. kalau ikut memang tak lalu nak makan.....tu yang kadang goreng ikn bilis...ikan kering biar bau tu buka selera...huhuhu...pun kadang kebal.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)