Tudung kanak-kanak

Azam 2018

Esok dah 2018. kan!! Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, banyak benda yg terjadi dalam 2017 untuk disyukuri dan diinsafi 😊

Mak kesayangan.. Doakan mak ciksu sentiasa sihat dan dipermudahkan untuk buat ibadah aamiin 

6/12/2017
Wajah ceria kami 3 beranak sehari sebelum kemalangan.. Waktu ni baru ambil cik abe di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star. Singgah makan di Aeon Big Alor Star.

Antaranya :

1) Dapat loket emas idaman buat Raniaku sayang hasil reward Seqybeauty
2) Naik jadi ejen sah Seqybeauty HQ selepas puas bergelar customer
3) Naik jadi ejen Maajun Anggun Bistari selepas berpuas hati sebagai pengguna
4) Dapat join Gerak Gempur MAB di Kuala Terengganu
5) Dapat daftarkan Raniaku sayang di sekolah Little Caliph

Paling tidak disangka kami sekeluarga terlibat dengan kemalangan di KM31 Lebuhraya Pantai Barat Grik pada 7/12/2017 yang lepaslah. Tapi alhamdulillah kami bersyukur, kerana kami sekeluarga terselamat daripada kecelakaan itu. Terima kasih Allah. Pasti ada sesuatu yang Dia ingin sampaikan. Walaupon perit untuk diterima tapi kami redha 😭😭😭

Ciksu selepas kemalangan.
 12/12/2017
Hentian Titiwangsa, Grik

Doaku semoga 2018 membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kami sekeluarga aamiin. Semoga suidah binti ahmad juga akan hamil dan beranak pada tahun 2018 ini aamiin 

Azam dan impian 2018 apa? 

1) Nak istiqamah buat solat dhuha dan solat sunat. 
2) Nak hamil anak no 2. 
3) Nak lebih maju dan bahagia dalam hidup dan bisnes. 
4) Nak ada banyak duit saving untuk diri sendiri, rania dan mak ayah.
5) Nak jadi isteri dan ummi yang terbaik untuk keluarga QasehnyaRania
6) Nak jadi stokist Seqybeauty dan MAB.
7) Nak kumpul barang kemas. 
8) Tak nak tangguh kerja. 
9) Nak realisasikan mini stokist Seqybeauty dan MAB di rumah. 
10) Nak tambah ejen dan dropship di bawah team QasehnyaRania 

aamiin 😘😘

Tolong aminkan ya siapa yang baca. Tq 😘🌹 Semua orang ada impian. Kan?
Semoga Allah makbulkan doa dan impian ampa juga. Aamiin.

3 Comments

  1. selamat tahun baru 2018 , semoga terus sukses

    ReplyDelete
  2. Amin... untuk semua azam 2018 Ciksu. Moga Allah permudahkan dan lindungi family Ciksu dan family saya dari sebarang bencana atau kecelakaan. Amin...

    Selamat Tahun Baru Ciksu... 😁

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)