Tudung kanak-kanak

Rania di usia 2 tahun 6 bulan

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

10/2/2017

Hari ini Rania ummiayah genap 2 tahun 6 bulan. kemarin ukur 
Tinggi 90cm..
Berat 13.5kg..
BMI 16
Alhamdulillah..

Kali pertama lapor diri ke klinik baru. walaupon baru ke sini tapi nurse sini semuanya ramah belaka. suka check up di klinik baru.. nurse banyak bertanya dan bagi nasihat.. saya suke.. saya suke.. saya suke..


Nurse pesan kena pantau, simpan benda-benda tajam yang boleh dicapai.. time mandi pon kena tengokkan, walaupon dia dah boleh buat sendiri.. perkembangan dari segi P & P, kelakuan, pertuturan semua ok jah.



Lagi satu nurse pesan buku check up anak, nanti apabila anak dah habis rawatan di klinik, tolong simpan. masa masuk sekolah, dorang akan minta untuk tengok sejarah kesihatan. sama juga dengan buku pink. kena jaga dan simpan elok-elok. buku pink akan di minta dan disemak untuk kandungan akan datang. tujuannya untuk tahu sejarah kesihatan sewaktu kandungan terdahulu..

Diusia sekarang pwincess ummi dah berjaya
  • free diapers~ sejak umur setahun 5 bulan dah mula ajar
  • pandai berkata-kata ~boleh menggunakan 3-4 patah perkataan.. ayat kesukaan
"..ummi.. tak boleh tidur, lah.."
".. adik lapar lah.."
"..ummi, jangan mara-marah adik tau.."
  • pandai berkawan ~ pantang nampak abang/ kakak/ baby, sesuka hati dia aja nonong ngikut walaupon orang tu kesah pon. hiks. ada beberapa nama yang rania ingat dan selalu sebut. setakat ni dok sebut nama-nama sepupu dan dua pupu dia.. sikit-skit.. "ummi, mana shamin.." 
  • suka menyanyi ~sejak duduk umah baru ni, ummi sokmo pasang radio.. kadang sambil tolong ummi masak, kemain mulut terkumat kamit ngikut lagu.. adeii. ini memang anak ayah sangat.. ayah suka nyanyi.. setakat ni yang selalu dok dengar lagu "Allah selamatkan kamu'', "Buai Laju-Laju", "Finger Family Songs", "ABC"
  •  Boleh baca bismillah dengan jelas.. doa makan sebutan pon makin jelas..baca Al-fatihah  sesama dengan ummi dan boleh dengar sebutan walaupon depans ikit, tengah sikit, hujung sikit.. teruskan usaha lagi ye..
  • Juga rakan sembang ummi.. terima kasih Allah..
Hari-hari tengok abang kakak pergi sekolah naik bas.. dan-dan tu juge Rania pon nak ke sekolah.. sabar ye sayang.. belum masanya lagi.. ummi belum puas nak berhibur dengan Rania di rumah.. sampai masanya nanti, ummi carikan sekolah untuk Rania ye.. tak lama dah. sikit je lagi..

Aktiviti Rania di rumah:

Rania sekarang suka nau-nau tarik kerusi kendian ke dapur.. buka kabinet sendiri, buka esbok sendiri.. adeii.. bikin ummi stress tau.. maunya tak.. dah buka esbok, bukan buka saja.. pakej ambil telur pastu pergi penyet.. habis bersepai atas lantai.. pening bau telur tau..

Itu belum kes buka pintu kabinet, ambil bekas susu, pastu acah-acah nak bancuh sendiri.. nape dah tak sabar erk nak buat susu sendiri? ini pon kalau ummi yang bancuhkan susu, Rania kemain lagi, nak tolong isi lah, nak kacau lah.. pendek kata kalau boleh semuanya dia nak buat sendiri aje.. pastu pandai dah demand nak sape buatkan susu.. kalau  nak ummi buatkan, pandai lah bodek.. ummi buat lah, ummi buat sedap.. 

Bab mandi pon dah pandai dah. buang air kecil air besar memang di tandas aje. dah pandai cebok sendiri.. nak-nak kalau buang air besar.. dah tak bagi ummi tunggu.. siap suruh 

"..pi pi, jangan tengok.. adik malu lah.."

Jom tengok Chef Rania masak nasi goreng.. kalau di tanya siapa masak..
"..adik lah masak.."
pantang tengok ummi masuk dapur.. jap lagi sampai lah.. pastu tanya..

"..ummi buat apa tu.."
"..adik nak masak, boleh.."

belum cakap apa-apa, dia laju-laju je pergi tarik kerusi..

siap masak.. kemain pergi ambik pinggan.. ngam-ngam ambil 3 biji plak tu.. pastu dok buat kalut cedok nasi.. 
bila tanya untuk sapa.. ummi, ayah, adik

siap bawakan untuk ummi..time mood ok.. macam ni lah..

time mood tak oke.. mmmmm.... sabau aje lah......

Nak sampai ke tahap ini, macam-macam dugaan kena tempuh. sekarang, ummi perlu lagi tambah dan belajar hal berkaitan keibubapaan.. sentiasa kena gali, gali dan gali. ilmu keibubapaan ni tak akan pernah habis..selagi dicari pasti ada, ada dan ada lagi..

Semoga ummi dikurniakan lagi sifat kesabaran dalam mendidik dan menjaga amanah dari Allah ini.. aamiin


3 Comments

  1. Seronok kan Cik Sur bila anak menunjukkan perkembangan yg positif.
    Budak baye ni mmg suka masak, suka sangat tolong umi

    ReplyDelete
  2. haaaa betoi la ciksu dah pindah tempat baru, rania pun dah besar dulu cikkira tengok rania baby2 lagi hihihihi. pandai rania. lepas ni ummi pulak 'order' kat rania hihihi

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)