Tudung kanak-kanak

Feedback Customer Sha's Sugarcraft


 🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Hye sikit lah.. ok.. hari ni ciksu baik hati nak kongsikan sedikit feedback customer yang membeli kek di Sha's Sugarcraft

Nak buat tempahan kek birthday, kek tunang, kek perkahwinan, kek perpisahan, kek makan-makan.. boleh whatsapp Puan Ashana
013-2905057

Hari ni nak berceloteh panjang sikit.. jom layan.. 

Maybe ada juga customer yang nak order tapi  rasa macam.. 
"mmmmm.. sedap ke..? 

kalau dari segi rupa/ deko tu memang cantik dah..
 cuma tak dapat nak rasa sendiri, kan!
 betul tak?

 alah.. ciksu pon pembeli kek juga. sokmo soalan tu berlegar-legar dalam kepala otak ni haaa.. kalau pergi kedai kek, mata ni dok melilau lah mencari kek yang berkenan.. kalau tengok semuanya cantik-cantik belaka. nak rasa tapi tak ada sample pon. habis tu acaner? 

Kalau beli di kedai kek pon tak boleh rasa, inikan pulak nak membeli kek secara online.. celah bedah mana lah nak merasanya, kan >_~

Tapi style ciksu senang je.. cuba dulu.. dah cuba baru tahu.. dah tahu rasanya macam mana, next boleh tentukan sendiri.. sama ada nak repeat order atau tidak. Terpulang.. setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza walaupon rambut sama hitam, kan!

Tapi....
tidak bagi customer Sha's Sugarcraft.. boleh dikatakan ramai customer yang repeat order. alhamdulillah :)

Mari dekat mari rapat.. ciksu nak kongsikan di sini.. 

ini screenshoot whatsaap dari kakak Puan Ashana. oh ya, Puan Ashana ni ada kembar tau.. kembarnya bertugas sebagai Pegawai kastam di Perlis. So, bagi kakitangan Kastam area Perlis boleh lah kalau nak order.. 

Ini kena tanya kepada Puan Ashana lah.. area mana yang di cover untuk delivery.. macam Perlis tu, kebetulan jah. order dari kengkawan sekerja kembarnya..

Contohnya macam area Jitra ada ambil tempahan kek. cuma pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.. Kebetulan hari Jumaat, kakak Puan Ashana ada hal di sana.. sesambil tu boleh lah delivery kek.
sekali jalan jah..

Sabtu sah-sah lah boleh sebab Puan Ashana cuti. Puan Ashana ni kerja makan gaji juga tau.. so, kalau terlambat reply tu paham-paham lah ye..

Zaman sekarang ni macam PM kita katalah kena buat 2 kerja.. so, rakyat sahut cabaran ittew.. Eh!



ini lah puncanya Puan Ashana dapat order dari blog Ciksu..

Iye Puan Ashana ialah my bff zaman sekolah menengah dulu.. kenal dari form 1 hingga form 5.. cuma kami bukan kelas yang sama..

Walauopon bff tapi ciksu tak pernah khabarkan kepada beliau tentang kewujudan my blog QasehnyaRania nih.. hiks.. kenapa tak khabarkan? Biarlah rahsia.. ciksu kalau boleh nak dorang sendiri yang jumpa my blog.. bukan diri sendiri nak suruh dorang singgah ke mari membaca penulisan ku yang santai-santai sekadar mengisi masa terluang satu ketika dahulu.. sesiapa yang dah lama follow my blog QasehnyaRania ni tahu lah, kan!

Sehingga lah ciksu sokmo buat entry khas tentang kek-kek yang ciksu dok beli tu dalam blog nih.. Sesungguhnya tak sangka.. ramai yang mencari kek dengan pertolongan pakcik goggle. Dan dijumpai oleh Farah. Farah lah yang "bocorkan rahsia" tentang my blog nih.. sebab Puan Ashana tanya dapat tahu dari mana.. jeng.. jeng..

Kawanku pon pelik bin ajaib lah.. ahahahaha. balik tu terus tanya pakcik goggle.. siapakah gerangan QasehnyaRania. ekekekeke.. bila dah jumpa.. laju-laju whatsapp ciksu.. kehkehkehkeh...

Kena lah sedas..hiks

Buat sahabatku.. dunia dan akhirat...
Shana.. aku ikhlas tulis pasai kek hang di blog ku.. aku tulis bukan kerana bayaran tapi kerana niat nak tolong hang.. lagipon aku bukan lah pandai nak buat iklan-iklan nih. masih lagi belajar satu persatu.. ingat lagi, entry pasai kek-kek hang yang memula dulu tuh.. entrynya biasa-bisa sahaja.. aku tulis entry sebab aku yakin dengan produk hang.. sebab tu aku buat.. doaku semoga hang akan terus berjaya dalam bidang nih.. aamiin.. 

Next.. in shaa ALLAH, orang-orang Pendang, Pokok Sena, Kuala Nerang dan kawasan2 sewaktu dengannya, boleh lah join kelas kek dengan Puan Ashana.. 

bila?? sama-sama doakan buat Puan Ashana semoga impiannya akan tercapai.. semuanya masih dalam perancangan beliau.. ambil masa sedikit demi sedikit, sesambil tuh pelan-pelan atur langkah demi langkah.. aamiin..

Alhamdulillah. Rezeki bersama..

Selebihnya, biarlah gambar berbicara.. kang korang kata ciksu cakap lebih-lebih plak, kan !!
scroll dan baca lah sendiri ye.. 



ini order dari geng bas sekolah


cikgu maktab mahmud ni pon order kek melalui bantuan pakcik goggle juge.. pon bocor rahsia ku. hiks















pppppppsssstttt: hatiku retak seribu. hukhukhuk.. kenapa? tunggu next entry... 


3 Comments

  1. Cantik2 hasil kek tu.. Nmpk sedap !! Mudahan trs dimurahkannrezeki hendaknya

    ReplyDelete
  2. semua komen sedap...klu dekat, rieta pown nk cuba...skarg bg homemake, rietta prefer homemake dr kedaimake...hehehe...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)