Tudung kanak-kanak

Rania 2Tahun 5Bulan

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

10 Januari, 2017
2 tahun 5 bulan

Trowback
Hari ni, ayah pakai pangkat. alhamdulillah. pakai pangkat maka makin bertambah lah tanggungjawab terhadap kerja. lepas ni kalau ayah sokmo sibuk, ummi dengan rania kena lah paham yerk! duduk ditempat baru, ayah kena kerja ikut shift.. 2 pagi, 2 malam dan 2 off day. dah lama tak kena tinggal malam. hampir 4 tahun juga. tapi sekarang dah ada teman waktu malam. so, tak terasa sangat lah kesunyian tu..

ok lah. Cukup bab ayah rania.. meh citer bab rania ku sayang pulak....


Makin peramah- pantang nampak kawan baru, nak aje disapanya

Makin bijak berkata-kata. Suka bertanya itu ini...

pandai dah pujuk ummi kalau ummi marah..
"kenapa, marah adik.."
"sian adik, kan!.."

pandai ambil hati
"ummi, masak.. sedap.." sambil tunjuk tanda best
kadang-kadang suka tolong ummi masak, siang ayam, sayur..
paling tak tahan siap.. jual ayam.. 3 singgit, 3 singgit.. pengaruh upin ipin lah ni..

waktu malam, kalau tak boleh tidur.. mula lah ajak nyembang.. sambil bagitau
 "ummi, tak boleh tidur lah.."

Alhamdulillah. Rania bercakap lancar. tak banyak dengar pelatnya. kalau ada pon, adalah satu dua perkataan. cuba ajar rania bercakap guna bahasa baku yang betul. macam mana eja, macam tu lah bunyinya. tak ade loghat negeri memasing. termasuklah loghat kedah di rumah. adeii.. acaner lah, kan!

contohnya kalau sebut air, sebut air lah. bukan ayaq atau ayor.. gitu lah. maklumlah ummi asal kedah, ayah perak. hahahaha.. kalau bercampur loghat mau anak pon pening jugak nanti.

macam sekarang duduk area patta timo lagi lah. ada loghat tranung, ada loghat klate. kalau makan.. orang tranung sebut makang.. klate sebut make.. kena ajar pelan-pelan lah.. kalau dah pergi sekolah, pengaruh daripada percakapan kengkawan tu lain lah..


Pembelajaran
setakat hari ni, cuba utamakan bab menghafaz. caranya bagi dengar dan tengok juz amma.. setiap pagi, tengah hari dan sebelum tidur.

Hasilnya adalah peningkatan. walaupon hanya dengar bacaan awal dan hujung sahaja.

bacaan bismillah pon dah dengar sepatah-sepatah. kalau sebelum nih, asyik dengar sekerat-sekerat jah ^_~

bacaan al-fatihah dan surah an-nas dah boleh ngikut ummi baca. boleh paham sebutan Rania tuh..

Bab solat. alhamdulillah. pandai ngikut. pantang nampak ummi nak solat, dia pon kalut sama cari telekung. Tiap kali lepas mandi, sokmo nak ambil wudhuk. dah pandai sebab selalu ikut ummi ayah. cuma bab bacaan je lah. pelan pelan ummi ajar k.

in shaa Allah, target dan doa ummi ayah semoga Rania umur 7 tahun dah pandai baca surah-surah lazim dan solat. aamiin (",)

123 lancar dah... cuma kadang-kadang kalau bilang laju-laju suka nau tinggalkan no 5 tuh. nape ntah.

ABC masih belajar.. ada yang kenal huruf, ada yang belum kenal.

alif baa taa.. apabila tunjuk huruf guna flash card, banyak yang betul bila disebut.. kiranya rania kenal lah huruf-huruf tu. tapi apabila suruh baca dari aliff hanya sampai saaaa jah. hat lain ke laut..

Dah mula nak tantrum..
ohoiii. sangat.. dah start dah. baru nampak. time dia nak barang, time tu jugak dia nak. dah tak boleh nak tunggu time lain dah. lambat aje mulalah teriak, tak mo berganjak dari tempat berdiri. adeii

Lagi satu. bila kata dah habis, 10x cakap pon dia tetap dok ulang nak benda yang sama. ini memang bikin hati ummi panas nak oii.. tak tahu apa nak explain dah. memang mencabar sangat..

kongsi tips sikit, macam mana nak handle bila anak buat perangai macam ni???

2 Comments

  1. kejap je dh 2 thn lbh dh...Aqil pon ms umo ni dh cakap trus sbijik2 siap slang KL lg...hahaha...xda loghat utara lnsg

    ReplyDelete
  2. first, tahniah sue atas kenaikan pangkat asben.
    rania bakal menjadi gegirl yg clever :)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)