Tudung kanak-kanak

Al-Fatihah.. Salam Takziah buat Family Mertua.

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Ahad (21/1) terima panggilan dari ayah mertua kata suami adik ipar kemalangan. dapat tahu berita ni, kami terus siap sedia bertolak ke kampung. alhamdulillah. selamat sampai di kampung tengah malam isnin.

Semuanya seakan mimpi. sekelip mata. sungguh tak dijangka. tak di duga. ujian dan dugaan maha hebat daripada Allah s.w.t buat kami sekeluarga.

Malam kejadian, adik ipar ada berhubung dengan arwah suami beliau, katanya dalam perjalanan balik ke Kuala Kangsar tapi tidak diberitahu lokasi sebenar beliau berada, waktu dihubungi jam 7:45 malam.

Kemalangan berlaku jam 8 malam. kebetulan my bff lalu kawasan kejadian. Dan tertengok lah keadaan di tempat kejadian. cuma berlainan arah. kemalangan mengahala ke selatan manakala my bff menghala ke utara..

Rupa-rupanya pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan adalah dari ahli keluarga kami sendiri. huhuhu. Pemandu kereta yang terbakar itu ialah suami kepada adik ipar saya. yakni biras saya. Allah Hu Akhbar. sesungguhnya kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah ini. ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya sudah diaturkan.

Paling tragis sebab adik ipar menanti kepulangan suami beliau selepas dihubungi. arwah siap minta masakkan ikan sweet sour. tunggu punya tunggu si isteri terlelap. sebelum terlelap, si isteri ada call tapi tak dapat dihubungi. pastu terus terlelap. saat terlelap, si isteri mimpi arwah datang dan senyum. pastu si isteri terjaga dari tidur. bangun tengok sebelah, suaminya tiada. jenguk ke luar tingkap, tiada kereta di parking. terus hubungi lagi. tapi tetap tak dapat dihubungi. saat ini, tugas forensik di tempat kejadian telah pon selesai.. seolah-olah roh arwah datang beritahu petanda bahawa arwah telah tiada.

Pagi kejadian, si isteri hantar mak arwah ke stesen bas untuk pulang ke kajang. sebelum tu sempat juga lah bagitau ahli keluarga yang lain, bahawa suaminya tak sampai-sampai lagi ke rumah dari semalam. jam 12 tengah hari mak arwah selamat sampai di TBS.

Adik ipar staff nurse. kebetulan tengah runsing mencari suami, kawan bagi idea suruh hubungi hospital berdekatan. adik ipar hubungi setiap hospital di perak menghala ke utara. akhirnya terjawab di hospital parit buntar.. katanya ada satu mayat rentung yang belum dikenal pasti identiti mangsa. selepas dapat maklumat mengenai mayat dan lokasi kejadia, terus hubungi balai polis berdekatan dan ke sana.

Jam 230 petang, berita mengenai kesahihan mayat diberitahu kepada ahli keluarga. sebelum keputusan DNA keluar, adik ipar bersama ahli keluarga ke balai polis bagan serai untuk melihat keadaan kereta. sah-sah itu kereta pesona. bukan exora seperti dimaklumkan dalam akhbar. adik ipar sahkan itu mayat suami beliau berdasarkan cebisan kain warna hijau yang masih tertinggal. itu kain uniform lama arwah suami beliau. Dan bukti paling jelas dan nyata ialah no pendaftaran casis kereta adalah hak milik adik ipar. tak perlu ragu-ragu, terus proses menuntut mayat diuruskan. cuma berlaku sedikit kecelaruan..

Hari isnin sebelum solat zohor semuanya selesai dan dipermudahkan. terima kasih pada semua pihak yang membantu pada hari kejadian. selepas selesai urusan pengebumian, hujan turun dengan selebat-lebatnya. hujan seakan mengerti hati dan perasaan ahli keluarga saat itu.

Cuma saya minta dari kalian tolong doakan buat adik ipar supaya beliau diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk menempuh kehidupan mendatang dengan semangat yang kuat demi anak-anak tersayang. anak sulung Nur Irdina Zahra, 7 tahun, Mohamad Afiq, 6 tahun dan Nur Fathia Zahra, 3 bulan. Dan paling penting permohonan pertukaran adik ipar ke Hospital Kuala Kangsar dipercepatkan.. aamiin.

Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah biras saya. arwah berasal dari Kelantan. alhamdulillah. ahli keluarga arwah dari kelantan sempat melihat dan ziarah arwah..


tajuk akhbar harian metro online



pembetulan ~ bukan exora tapi pesona



isteri dan anak sulung

semoga allahyarham zulkifli bin zain tenang di sana. aamiin.. 



8 Comments


  1. اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.
    ALFATIHAH
    ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
    ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
    ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
    ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
    ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
    ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
    ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
    ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
    ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
    ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

    ReplyDelete
  2. Innalillah...sedih dan tragis sangatlah CikSu
    Tak dapat kakak bayangkan apa yg dirasai oleh keluarga lagi-lagi isteri dan anak-anak yg belum mengerti apa-apa itu.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Sedih sangat:(

    ReplyDelete
  3. alfatihah..takziah buat keluarga..
    menahan sebak bila tengok gambar berpelukan anak beranak arwah, semoga isteri arwah diberi kekuatan utk menempuh dugaan ini.

    ReplyDelete
  4. Innalillah... semoga tabah ya. takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  5. Allahu..saya faham perasaan kehilangan tu mcm mana.. berlaku kat kakak sendiri thn lepas..pemergian secara megejut... semoga bertabah sis dan ahli keluarga arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2yg beriman..amin2 :'(

    ReplyDelete
  6. takziah utk family mertua..huhu..kesiannya wife and anak2..moga tabah menghadapi dugaan yg maha hebat ini;;

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)