Tudung kanak-kanak

Weekend Bersama Tersayang

Sejak 29/10/2016 ari tu, sampai lah ke hari ini, setiap kali weekend, rumah ni sentiasa dikunjungi tetamu. meriah sesangat. alhamdulillah.

Paling happy Rania lah. tiap2 minggu ada je kawan datang. tak dok diam die. ada aje keletah baru time main dengan dua pupunya tu. kemain sangat. paling tak tahan suka nau nyakat syamin. adeii..
dah lah suka nyakat syamin, pastu siap gelak suka plakkk bila syamin nangis panggil mama iye. paling best, Rania yang nyakat, Rania juga lah yang pujuk. gaya kakak2 sangat, kan!! ^_~

tengok dorang main, naik pening.. habis rumah macam tongkang pecah.. ciksu okje asalkan tak da yang nangis. bila nangis jadi huru hara kejap. iye lah, nak masak kat dapur pon tak tenang, bila dengar anak nangis2. 
ishaaa and zatie.. cucu tokngah. anak makngah and pakteh dari kedah and penang. rania paling ingat kak chik ishaaa  tapi rania panggil mekcha. sepanjang mekcha ada di rumah, langsung tak kisah dengan ummi. makan, minum, mandi, tidur, hatta nak kencing pon ajak mekcha iye tuu.. yang mekcha pon layannnnnn je Rania.. 




family paknjang, maknjang, kak fatin abg fuqran dari kepala batas, penang. time makjang datang sempat lah bawa dorang gi kayuh beskal kat tasik titiwangsa kejap. sekali tengah dok drive boleh Rania bantai nangis. dah tu tak nyabor nak duduk dekat ummi. sudahnya duduk lah atas riba sambil drive. pujuk pon tak makan saman. rupe2nya kawan ngantuk. sian anak ummi ^_^

ni weekend baru ni.. mekcha datang disuruhnya mekcha tolak die. kemaruk nak duduk dalam stroller plakkk.. ade ade je peelnya tu.. pastu gigih le naik beskal tu dua orang. jatuh tersungkuq pon maintain gelak je. suka lettew ade geng main, kan !!!

syamin yang mama iye dukung tu.. dorang dari puchong. anak my cousin. rania tak kisah sangat dengan abang2 syamin tu, tapi dengan syamin Rania cukup ingat oke. siap hafal nama lagi.. asal nampak je syamin terus panggil nama syamin.. ahahahaha..

lepas melawat pakngah we all ke ijn. memasing penat melayan kerenah anak2. tengok lah Rania, rambut pon dah huru hara. adeiii.. gi ijn melawat baby umyra. my cousin yang baju putih tu. we all sebaya. ibu umyra sekelas dengan my cousin.. 

so, itu je lah cerita weekend we all. sentiasa dikunjungi sedara dari penang, kedah, melaka dan puchong. kiranya setiap minggu rumah ni tak pernah sunyi dengan tetamu ×_×

cuma harapan ciksu, nak minta tolong korang doakan supaya my pakngah cepat sembuh dan cepat kuar wad. 2,3 ari lepas, ada jangkitan kuman dalam darah. tapi keadaan pakngah dah stabil. dah mula kenal orang, tak da nak merapu sangat.. still duduk di icu cuma duduk bilik sensorang. diasingkan selepas ada jangkitan kuman dalam darah tu.. 

sekarang ni tengah tunggu pelepasan daripada doktor untuk masuk wad.. bila tu tak pasti lagi. ape pon ciksu doakan semoga dipercepatkan dan dipermudahkan semuanya. aamiin (",)


3 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)