Tudung kanak-kanak

Tolong Doakan Buat Pakngah Saya Ye..

Tolong Doakan Untuk Pakngah Saya| awal pagi kemarin my pakngah penat. selepas tu, terus doktor bagitau keadaan pakngah macam mana. menurut kata doktor, ada kuman menyerang. baru2 ni, doktor bagitau, ada kuman dalam darah pakngah. kali ni, kuman mula menyerang bahagian yang dibedah. makin merebak. itu yang menyebabkan pakngah penat. memasing tak dapat nak terima berita baru tu. huhuhuhu

maunya memasing tak boleh terima, pakngah dah keluar dari bilik icu, tapi ditempatkan di bilik khas dalam wad. bilik khas yang ada cermin tu. ntah apa nama bilik tu. asalnya memasing dok bajet pakngah dah boleh masuk wad biasa dalam minggu ni tapi perancangan Allah lagi hebat.

tetiba jadi macam tu jam 4 pagi. jam 6 pagi my cousin tengok nurse tengah pam oksigen secara manual kepada my pakngah sebab bilik icu penuh. itu yang tak dapat masuk. semalam lepas isyak, baru pakngah ditempatkan di bilik icu tapi dalam bilik khas, siap ada pintu. duduk berseorangan.
wayar dengan mesin keliling katil.

tengah hari tadi sempat melawat, jari jemari tangan dah bengkak. badan penuh wayar semula. Allah Hu Akhbar. tetiba petang tadi juga, doktor inform, andai malam ni ada bilik OT kosong (in shaa Allah) my pakngah akan jalani pembedahan kali kedua untuk buang sel mati yang menyebabkan kuman merebak tu. tak boleh nak bayangkan lah. dengan keadaan pakngah macam tu, lagi sekali dorang nak operate tempat yang sama tu. Allah Hu Akhbar..

Dengan rasa rendah hati, ciksu mohon kengkawan alam maya di sini, untuk mendoakan buat my pakngah. doakan semoga pembedahan ini berjaya dan berjalan dengan lancar. aamiin.
kami masih mengharapkan keajaiban dari Allah. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami semua.

terima kasih..

6 Comments

  1. Allahumma antassalam. Semoga pak ngah sis cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, semoga yg baik-baik je kak..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. WP doakan agar pembedahan kali ini akan berjaya dan mudah2an akan sihat seperti sediakala.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  4. moga pakngah ciksu kuat semangat. moga segala pembedahan yang akan dilakukan akan berjalan dengan lancar..
    amen..

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah..lya doakan moga semuanya bjln lncar.. moga dipermudahkan sgalanya..aamin

    ReplyDelete
  6. Kita yg dgr ni pun susah semoga pak ngah ciksu sihat ye aminn

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin