Tudung kanak-kanak

Jatuh, luka, berdarah

29/10/2016

ummiayah memasing dah penat, letih ya amat sebab uruskan hal pakngah di hkl. sebelum masuk bilik, dah ajak Rania sekali. tapi tak mau ikut. duduk lah dengan ayah iye di ruang tamu sambil main.

tetiba..
dengar Rania menangis..
pergi tengok mulut dah penuh darah..
adeiii..

suka nau main kerusi kecik tu..
sekali terlepas pandang teruih jatuh tersungkuq.. muka tersembam ke lantai.. dah lah lantai mozek..

sudahnya kelam kabut lah ummiayah bawa Rania ke HAT Mizan plakkk.. alhamdulillah, tak ade ape2 yang memudaratkan.. just dapat oral aid dan ubat demam. ubat demam bagi bila perlu. so far Rania tak da demam pon lepas jatuh tu. bukan ape risau kot2 Rania terkejut jek. memalam just sapu oral aid kat tempat luka area bibir tu.. cepat baiknya..

sempat juga tanya MA yang bertugas, sebab malam sebelum tu Rania jatuh juga. tapi jatuh ke belakang. puncanya dok kayuh basikal, ntah macam mana dibuatnya, boleh tercabut kepala itik tu. pastu terkebelakang lah Rania. nangis juge tapi kejap je lah. selepas jatuh, Rania tak da muntah ke hape. sentiasa INGAT PESAN MAK.. JAGA ANAK ELOK2, JANGAN BAGI JATUH TERHENTAK.. KADANG BILA BENDA NAK JADI, TAK DAPAT NAK ELAK.. 

cuma nak PESAN.. PASTIKAN ANAK2 TAK JATUH TERHENTAK KE BELAKANG. BUKAN APE RISAU SESANGAT BILA JATUH MACAM TU.. SEBELUM2 NI PERNAH JUGA DENGAR CERAMAH USTAZ KAZIM BILA JATUH TERHENTAK KE BELAKANG NI. BAHAYA. 

BILA JATUH SILA PASTIKAN ANAK2 SAMA ADA, DORANG MUNTAH ATAU TIDAK. SEBAB KALAU MUNTAH TAKUT ADA PENDARAHAN DALAMAN.. SO, KENA CEPAT2 BAWA KE HOSPITAL DAPATKAN RAWATAN. APE2 PON SAYA DOAKAN SEMOGA ANAK2 SYURGA SAYA DAN KALIAN SENTIASA DIPELIHARA ALLAH. aamiin =)

pppsssttt: berat 2tahun 2bulan~ 12kg

11:17pm 

4 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)