Tudung kanak-kanak

Doakan Baby Anissa Umyra

Lagi beberapa hari hampir sebulan Baby Anissa duduk di IJN, KL. selepas operate ari tu, beberapa hari juga baby duduk di NICU. sekarang dah pindah masuk wad. tapi tulah baby masih bergantung dengan bantuan oksigen. oksigennya pon dalam 70 lebih sahaja.

tiap kali pergi melawat, baby Anissa tidur. dalam hati ini hanya Allah yang tahu. kesian sangat bila tengok baby seusia ini (6bulan) terlantar begitu. bayangkan lah seorang ibu hanya dapat pujuk si anak yang tiap kali merengek, menangis di saat memerlukan perhatian ibu hanya dengan menepuk2 sahaja. nak angkat atau nak peluk bagai dikata lah. badan baby diselaputi wayar itu ini. nak mandi pon kena cepat2, tak sempat nak bergurau senda sebab baby tak selesa ;-(

Allah Hu Akhbar..

Tak tertanggung perasaan itu seorang diri. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. tak tahu macam mana nak tolong.. hanya mampu berdoa pada Allah. oleh yang demikian saya mohon pertolongan dari kengkawan alam maya saya ni, supaya turut juga berdoa buat baby Nur Anissa Umyra Abdul Ghoffur.

Terima kasih...


3 Comments

  1. Ya Allah semoga babh Annissa cepat sembuh....semoga awak diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini....inshaAllah besar ganjaran pahala dan hikmah yang tersembunyi...aamiin

    ReplyDelete
  2. cepat sembuh syg.
    Insha Allah kuat semuanya

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)