Tudung kanak-kanak

Tips halau semut di dapur

Tips halau semut di dapur| entry ni just nak kongsi sedikit tips dengan korang. semoga dapat membantu korang yang alami masalah sama seperti saya. kalau ada. kalau tak da, tak pe, baca dulu, kot2 lepas ni ada jiran, adik badik, kawan alami masalah yang sama boleh lah korang gtau deme, kan!! sharing is caring ^_^

Kes semut banyak di dapur ni, baru je berlaku. ye, baru sangat. sebelum2 ni memang tak pernah berlaku walaupon dok buat kek, biskut atau muffin. iye lah banyak guna gula kan. risau gak kot ade yanng tertumpah tapi tak perasan tetiba tarik perhatian jemaah semut datang bertandang. tapi selama 4 tahun duduk sini, inilah kejadian pertama kali berlaku.

bila berlakunya?
selepas raya haji baru ni lah. balik dari kampung, terus melawat dapur dulu. ahahaha. maklum lah kena tinggal banyak hari, kan!! sekali haaaa ambek kawww.. sebaris panjang semut buat landasan.

pelik bin ajaib!! sebelum balik dah kemas dapur. heran macam mana boleh jadi.

petang tu masak nasi macam biasa. jamah lah sikit, buat lapik perut, ade balance dalam rice cooker tu. esok pagi tengok2 dah ade semut. 2,3 hari peghati, same juga. contohnya masak nasi pagi then tengah hari datang dapur nak repeat makan, sekali tengok nasi dah kena serang dek semut. adeiii!! memang sayang sangat ke nasi tu.. tapi nak buat camno, takkan nak makan jugak, kan!! terpaksalah...

cuci lap bagai, angkat sana sini, harapnya tiada lagi lah lepas ni. tapi..

tetappppppppp semut datang serang my rice cooker. pasrah. habis digeledahnya. pening eh cari sebabnya. manis sangat ke nasi aii sampai deme tertarik hati nak datang ~_^ bayangkan baru je nasi masak, lepas 2,3 jam agak dah sejuk sikit, mulalah.. kadang tu tak sempat nak sentuh pon lagi, dah kene serang. mmmmmmmm.. stresss oke. lepas asyik jadi benda yang sama jek, tutup suis, terus angkat poyok tu letak tempat lain. alhamdulillah, tak ade semut yang datang. tapi sampai bila nak dok angkat macam tu...

tetiba cikabe bagi tips ni. tak tanya pulakk mana die dapat. tanya kawan ke tok goggle, tak pasti lah. tapi bende baik gini dan dah terbukti hasilnya maka dengan senang hati, nak lah ciksu berkongsi dengan korang. harap dapat lah membantu korang juga, oke ^_^

mak aii kemain panjang berjela intronya, kan!!! nasiblah. saje nak citer punca kejadian nasiku diserang semut. boleh gitu???

tips halau semut,

timun. 
aii guna timun jepung. itu je stok yang ade dalam esbok. just try and error. potong letak keliling rice cooker. 
mula letak kemarin, pagi ni tengok memang tak de sekor pon semut yang datang. landasan dorang pon dah tak nampak. alhamdulillah. 

tengokkkkkkk..
sampai dah kecut timun tu.. 



semut ni bukan sebarang semut. kan ade banyak jenis semut. yang pasti bukan semut liaq, bukan semut merah, bukan juge semut hitam yang jenis hurung gula tu tapiiii ini semut hitam kecik tu. kalau kene gigit berbintat lengan pastu gatai. sakit oiiii.

gambar sebelum tak da lah plakk. tak terpikir nak snap pastu tanya korang.

apa kaitan timun dengan semut erk !! 
sape tau???? 

9 Comments

  1. Akak biasa guna ubat semut je..bb nyer semut gatal..taruk je kt sarng dia jp lg mapuh lh...
    Gong kedak tu nk kta bndo pun x sangt.bb dr bndor tu dia masuk simpng ke dalm..mula2 jupe kg org..phtu bru jupe gong kedak ni..tempat dia ok jew napok..suke lh jugak suasana tu

    ReplyDelete
  2. Belum pernh cuba try.
    Biasanya guna racun semut aje.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah ciksu
    Timakasih ya bg tips tu
    Kaknoor pun kdg2 ada jugak masaaalah semut ni
    Boleh lah guna tips ni hanya guna timun je
    Pelik tapi benar insya Allah nk lah cuba lepas ni

    ReplyDelete
  4. Pestime jugak tahu petua timun ni.macam menarik jugak.sy klu dekat bekas gula tu keliling penutup tu sapu dengan minyak masak..Insyaallah takda semut berani masuk balang.itu ajelah petua yg dipraktik.hehe

    ReplyDelete
  5. Oh, tak tahu pulak ada tips semudah ini. Letak timun aje rupanya. Setakat ni memang takdalah masalah semut buat barisan di rumah tapi ada-ada masanya, nampak jugalah semut hurung makanan walaupun jarang berlaku.

    Next time kalau saya nampak semut banyak, nak cubalah tips ni. Nak tengok berkesan tak dengan semut di rumah saya pulak!

    ReplyDelete
  6. ADA LAGU TEMA TU CIKSU SEMUT2 TU..

    SEMUT BERKAWAD SATU-SATU
    HORAAA HOREEE =)

    eca nak guna tips ne..tpi kt ruma mmg xde la stok timun
    dah mmg timun xsentuh lgsg~

    ReplyDelete
  7. lagi 1 tip... jangan masak nasi.
    :-)

    ReplyDelete
  8. lya sembur serai wangi je..nnti leh cuba tip ni jgk

    ReplyDelete
  9. Waaa.. Ciksu halsu guna timun berjaya ye. Kita buat, lagi seronok semut hurung tau timun tu. Umh kita ni semut api hat kcik2 tu bnyk, semut hitam pun bnyk. Semut hitam bsar skit tu. Mmng hurung kt nasi. Yang plik,atas lantai yang baru dimop pun ada. Sampai tak tahu nak buat mcm mna dh. Muncul dari mna pun tak tahu.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)