Tudung kanak-kanak

Naik Basikal Di Tasik Titiwangsa, KL

aktiviti di hujung minggu. seronok sekali sekala buat aktiviti mengayuh basikal ni. walaupon sesak tapi enjoy ~_^

ini kali kedua naik basikal di tasik titiwangsa. kali pertama naik basikal waktu malam. masa tu pergi ramai2 dengan family tok & mak sedara opah.
masa kali pertama me tak naik basikal pon sebab pakai kain, so, agak terbatas. mau tersungkuq nanti. ahahaha.

kali pertama, ayah rania sewa basikal yang boleh letak anak kat belakang tu. basikal jenis tu sewa sejam RM10. tak kena tinggal ic atau ape pon. akibat seronok dapat kayuh basikal di malam hari, ayah rania ajak repeat. best katanya. kayuh pon dekat2 tu jek. siap tukar2 orang lagi. rania still dok kat belakang sebab die sorang je baby.

tapi kali kedua sewa basikal ni haaaa.
yang ini sewa RM20 sejam kena tinggal ic. umiayah boleh naik sesama. rania duduk kat depan.

kalau bagi pilihan me suka naik basikal yang kali kedua ni. salah satu sebabnya orang belakang boleh relax. ahahaha. pastu anak duduk depan sekali. baru lah luas pandangan matanya dapat nengok kat depan. kan. kan.

naik basikal dengan selambar ya ya je pusing keliling tasik. tak de lah penat sangat. agak dah penat, singgah sebentar makan nasi lemak di gerai bergerak area parking. dah kenyang sambung kayuh. 
penangan kayuh basikal kali ni, memang surrender lah. balik rumah terus kejang otot-otot. urat terkejut kot. kekekeke.


5 Comments

  1. Kena beli satu ni..tak payar sewa dah..heheh

    ReplyDelete
  2. Best buat aktiviti begini kan kak. Layan anak dan suami :)

    ReplyDelete
  3. Asslmkm Ciksu.. best nya.
    Dgn Rania skli dpt naik.. ☺

    ReplyDelete
  4. Saya belum berbasikal lagi kat sini, Ciksu. Plan next time nak sewa yang tiga seater tu supaya Bubbly Abang, Daddnya dan Adik Cute boleh naik bersama. Saya nak belikan anak-anak saya helmet sorang satulah, boleh? Hahaha!

    Ngelatlah Ciksu jadi 'pengayuh kedua'. Rileks banyaklah tu. Cuba jadi pengayuh pertama kat depan, mahu tak boleh angkat kaki lepas balik rumah! Hahaha!

    ReplyDelete
  5. wah syoknya naik basikal, nanti saya nak naik ..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)