Tudung kanak-kanak

Ubat Cacing

genap umur rania 2 tahun 10/8 yang lepas, rania dah pon diberi makan ubat cacing. pertama kali Rania telan ubat dari klinik.. sebelum bagi rania makan ubat cacing ni, selalu juga terpikir. penting ke makan ubat cacing ?? 

bagi saya sendiri PENTING sebab bila anak-anak diserang KECACINGAN selera makan mereka akan berkurang. secara tak langsung akan mempengaruhi kesihatan mereka juga. kiranya akan saling berkait. setakat umur rania nak masuk 2 tahun tak nampak lah tanda-tanda anak-anak kecacingan ni pada Rania. lagipon saya 24/7 dengan Rania. sokmo pantau pergerakan, makanan dan najisnya. kalau nampak lain maciam, akan tanya mak. pastu baru ke klinik. 

Rania bab makan okje. berat badan pon alhamdulillah. grafnya cantik tersusun. Tapi sebelum bagi ubat cacing ari tu, mak selalu pesan.. pastikan rania sihat walafiat sebelum diberi ubat cacing. itu pesan arwah tokwan dulu. katanya bila anak tak sihat, tetiba diberi makan ubat cacing, berterusan jadi tak sihat. means lagi tak nampak lemah lah kot. bab ni saya tak boleh lah nak pertikai sebab pengalaman belum ade lagi. ini pengalaman anak pertama. mak pesan, beringat je lah. so, harap nya lepas diberi makan ubat cacing ni, kesihatan rania baik-baik aje lah!! aamiin... 

alhamdulillah, selepas makan ubat cacing, rania baik-baik aje. masa bagi makan ubat cacing ari tu pon, rania suke jek. relax jek rania bila makan ubat cacing tu. bila dah habis makan 2 biji ubat cacing, nampak kotak ni, tak semena-mena rania minta lagi. hiks. rania ingat gula-gula lah kot. al-maklum lah bentuknya seakan gula-gula, kan !! rasanya ?? entah lah.. katanya perisa coklat maybe manis-manis lah kot. itu yang rania suke tu. lagipon rania belum pernah merasa apa itu gula-gula. bila makan ubat cacing, yang seakan gula-gula tu, suka lah.. 

Apa itu kekacingan? 
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.

macam kami yang duduk rumah atas langit ni, memang jarang lah keluar rumah tak pakai selipar, kan ! tapi kalau balik kampung.. rania ni suka sangat main kat luar rumah. ade ari tu sekali, dengan selamber dan rasa tak bersalah boleh pergi main pasir depan rumah. aduh ! duh.. terkejut nengoknya. mana lah rania tengok. memang cepat2 lah angkat, cuci badan serta merta. uminya takut cacing selinap masuk dalam badan anaknya. ahhaaaa. entah ape ape je, kan !!! tapi serius, saya memang risau masa tu sebab salah satunya belum diberi makan ubat cacing lagi.. pastu teringat dulu-dulu, mak selalu pesan jangan mahn pasir, nanti cacing masuk perut. ekekeke. itu yang sampai sekarang ,dok teringat-ingat :-P

ni haaa kotak untuk ubat cacing tu. dalam sehari kene habiskan makan ubat cacing ni. 

tujuan makan ubat cacing untuk hapuskan cacing-cacing ni haaaaa. bila baca ni, cering bulu roma tau !! kalau diikutkan bukan anak-anak jek kena makan ubat cacing ni, kite yang dewasa ni pon kena juga makan ubat cacing. pernah tengok di wanita hari ini tv3 bab kecacingan ni haaaa.. 

Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru.

Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah

Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus 

Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh.

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing

1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. 

sumber: dr. azwan

6 Comments

  1. Zara blm lg mkn ubt cacing. Next month ckup 2thn. Ntah gaya mna la nti.

    ReplyDelete
  2. Ehh betul ke kalau tak sihat bg anak ubat cacing akan berterusan tak sihat..dok fikir gak ni..apa kena mengena ubat cacing dengan antibodi kesihatan anak.kadang2 org tua2 ni suka buat ramalan sendiri..tak lojik pun ada.tp ikutkan ajelah nanti ada yg terasa.huhuhu..(macam komen utk diri sendiri je ni.kiki)

    Ubat cacing ni wajib beri ikut jadual..Afia pun suka perisa coklat.macam makan gula2 kan..siap mintak nak lagi.hehe

    ReplyDelete
  3. lepas ni nak beli la utk thaqif jugak.thaqif xsuka ubat cacing yang air nurse klinik bg tu.huhu

    ReplyDelete
  4. Orang tua baca pasal kecacingan pun jadi takut Ciksu.Oh, orang dewasa pun kena ambil ubat cacing juga ke?

    ReplyDelete
  5. akak anak beranak pun dah makan ubat cacing ni

    ReplyDelete
  6. Anak Sha, kat sekolah ada bagi ubat cacing..
    So ok lah..
    Sebelum ini tak tau sangat pasal ubat cacing nie..
    Cikgu sekolah yang bagi tahu..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)