Tudung kanak-kanak

Mee Kari Ketam

kemarin dulu dan la buat mee kari ketam.. bosan plak hari-hari ngadap nasi.. dah la kene makan beras perang. layan kehendak big boss.. syukur juga Rania pon boleh telan beras perang. masa umur setahun dulu ada gak try bagi Rania makan beras perang tapi die tak suke pon. eh ! eh ! ni tak citer pasai beras ke pasai mee kari erk ? confius jap. 

oke berbalik pada tajuk utama.. pestime buat mee kari ketam di rumah.. kesnya ari tu gi open  house tak puas makan mee kari ketam ni.. sebab kuahnya berladung dengan minyak.. banyak sangat minyaknya.. sampaikan lepas balik dari open house tu, terus kepala berat.. sekarang ni dah terikut perangai big boss yang alergik minyak.. kalau bab makan saya jarang nak complain.. apa yang ada saya makan.. sedap ke tak belakang kira.. kalau buat sambal tumis saya boleh terima lagi lah kalau minyak lebih sebab nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak tu tapi kalau menu berkuah banyak minyak memang tak boleh telan.. sebab tu saya lagi suka makan sup utara berbanding sup selatan (johor) sebab dorang tumis kuah sup tu.. lain tekak lain citarasanya, kan !

mee kari ketam simple.. 
lengkap dengan 
cili merah
daun bawang daun sup
limau kasturi
bawang goreng

makan mee dulu.. dah kenyang hirup kuah baru sesi mengopek ketam.. nak perisi sesiap tak berapa nak rajin.. lepas makam kopek kulit ketam baru ada feel, kan !

buat kuah style suka hati ana lah.. hahaha. memula tumis 4 sekawan, bawang putih, halia yang ditumbuk.. masuk rempah kari yang di bancuh dengan jintan manis.. pecah minyak masuk ketam, kentang dan fish cake yang direbus.. kacau-kacau letak air rebusan ketam + asam jawa + santan.. perasakan dengan garam dan serbuk knorr.. pasti mee kari sedap. hahahaha.. tauhu goreng jangan lupe plak.. 

menu untuk rania. sebelum letak fish cake, asing sesiap bahagian rania..  rania genap dua tahun dah mula letak garam.. sesedap rasa je letak sebab mee kuning pon dah masin.. ada kentang, daun sup and ketam sajo.. 

12 Comments

  1. sedapnyeeeeee.. lama xmkn ketam..

    ReplyDelete
  2. teringin sebenarnya nak buat mee kari ni, sejak tahun lepas kut! harap2 hujung minggu ni boleh jadi realiti.

    ReplyDelete
  3. Pepagi nampak mi kari ketam ni Ciksu, memang tak boleh fikir pasal kerja tau! Hahaha!

    ReplyDelete
  4. yummy...sedapnye nmpak....klu jmpa ketam, boleh la cuba....biasa makan mee kari kerang je....

    ReplyDelete
  5. wah sedap nampaknya tu, akak tak pernah makan lagi mee ketam nih

    ReplyDelete
  6. Rajin ciksu memasak..
    X pernah lagi buat mee kari ketam..
    selalu guna ayam ngn kerang je..
    Mesti rasa dia lagi manis kan..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)